Wednesday, 25 August 2010

15 Ramadhan: Hening malam .. owh so syahdu

Dari FB I terus ke verandah Fa. Volume laptop yang selama2nya ditutup rapi, pagi nih plak dibukak luas.

Berikut adalah catatan 'short hand' dari seketeri pensyen ... (cam nak gila jari jemari berselirat mengetuk abjad, kah3. Sambil dengar lagu sambil menyalin senikata). Kalau tersilap kopi lirik, mahaplah ya? almaklum ...

malam
bila rindu ku bertambah dalam
kau datang lagi dengan kenangan
owh betapa dinginnya malam ini

kasih
bila malam ku bertambah kelam
seribu kisah melintas mata
dan malam ini sungguh mencengkam

bila malam
tiap kali ku pandang semalam
resahku sering menjadi dendam
hatimu ku rasakan dingin <- sungguh meruntun

dan malam
adalah masa yang membawa kesan
pada diriku yang kesepian
kini ku tenggelam
dibawa alunan ombak malam
owh malam

bila malam tiap kali ku pandang semalam
resahku sering menjadi dendam
owh hatimu ku rasakan dingin <- meruntun okay??

dan malam tika dikau dapat bicara
katakanlah pada hamba <-mendayu2 gitu
mengapa dia pergi
membawa hati ini
owh mengapa <- jawab.. mengapa??
malam

Nilah salah satu sebab I MUTEkan volume laptop. Tak nak terdengar lagu2 syahdu such as that! Patutkah I saman Fa? I lalu jer kat verandah dia terdengar suara MN berkumandang owh so syahdu sekali. Lama I semunyik belakang cik LaVina menghayati bait2 lagu tu, haishhh.. tak sker tak sker tak sker (hatta suka bukan main. Thanks Fa ...).

I saja mutekan volume bila lalu lalang kat garden Ja. Kalau boleh tak nak dengar apa AM luahkan .. I menciiii bila I termelonkolik cenggini (ekceli sukerrrrrrrr tapi mencii, menciii tapi sukerrr).

Fa, todate dah masuk 8 kali lagu tu berkumandang. Agak2 masuk ke 50 baru I setop.

Nota penting: Sedap2 suara orang Cancerian menyanyi ekkk? kih3 jangan jelezz..

22 comments:

kakcik said...

Lagu lama memang meruntun hati. Kita suka lagu2 MNM.. :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Saya lak suka lagu retro..
Pagi2 mmg dgar SinarFM.

kucingorengemok said...

cancerian suara sedap eh?? ehem ehem... i nak tukar nama jadik ketamorengemok lah ;)

lili said...

...this song makes makes me 'cengeng' all the time...
Can I blame another Cancerian for my 'cengengness' whenever 'Malam' is played?

*tak jadi cengeng this time around - I burst laughing when I typed this word verif: lobsto :))

Ibu n Abah said...

salam kak som...
lagu tu mmg syahdu...
i nakmenyorok belakang livina jugak lah....

somuffins said...

Salam semua .. DAN lagu itew masih berkumandang masuk ke 21 kali. Terasa windu kat orang yang dah takde, *sigh*


Kakcik
Orang yg suka lagu2 meruntun jiwa ni termasuk dlm kategori romantika d amour ke kakcik? I romantik dlm hati jer..

Azrina
I jarang dengan lagu diradio melainkan dalam kereta, tu pun bila anak2 ada bersama, habis diorang kongker tak kasi chan langsong.


KOG
Adakah you Cancerian juga? Kalau tak, you takleh tukar nama sesuka ati; kena angkat sumpah kat Justice of Oath dulu pastu baru boleh kita berduet togeder2 ..


lili
I lum tahap cengeng but the song in a way spoils my ceria mood. I terasa rindu pada mereka yang dah takde. Always associate a song to an incident. Tu yg mencii tu.


Akak
Syahdu bangat!
Psst.. bila you nyorok tu, jangan plak u tulis apa2 kat badan Lavina dgn jejari you yg mulush tu (atas Lavina ada embun). Nanti you kena cekup masuk lokap. Hmm, Lavina or Livina? Har3.. belasah jer.

azieazah said...

Cancerian? Hmmmm betul tu.. Betul tu..! hehehehe

fa*atip said...

1. what is `cengeng'? you story
mory me...
2. you janganlah saman I you!!
saman ekor I ada 2,3 keping tak
settle lagi..hehehee..
3. heppp...jangan conteng2 Livina I
taww! :D

Dear CS,
I believe every each one of us ada perasaan yang halusssss tu. You know Som, Atip suka bangatttt lagu `Permata Buat Isteri' by Kopratasa. I kalau dengar lagu tu, very2 meruntun the kalbu you knowwww...hehe.

Akak! Nanti lepas Cik Som dengor lagu ni sampai ke 50 x, akak tolong belikan dia cd Maher Zain pulak, boleh tak? :) :)

somuffins said...

AA
Jom kita buat satu kumpulan, menyanyi khas untuk majlis kawin atau nasyid pun boleh. Kumpulan kita terdiri dari you, I, Azrina, LG, Mama, Lili, Anne, KakPah, Jeton Sameon dan tentunya Emmnaserr <- segan kita nak sebut :-)


Fa
1.Cengeng ialah kememeh. Kememeh ialah cengeng, heheh. Diorang tu dlm kategori terlebih air mata.
2.Cepat bayar saman tu kang kena demerit plak
3. I tak conteng, Akak tu (sambil naikkan jari telunjuk kearah dinding).
Maher Zain? Donwori, nanti I cari sendiri.

ain said...

sape nyanyi lgu ni kak..?? lagu otai ke..??

Tie said...

Tie dulu masa di blogspot suka benar bubuh lagu dan paksa orang dengar, hihi.. nasib baik sekarang di Wp tak boleh nak buat gitu. Kalau boleh pun kena klik dan dengar sendiri. Tie malas dah nak tepek playlist tu.

Cuba ke blog Fa tu, tapi tak dapat dengar lagu tu... playlistnya mogok lak...

ahkakbatik said...

ciksom...
sker noo guna shortform taw... berdarah otak saya tiap kali baca entry ciksom.

Ibu n Abah said...

kak som..
tak achi...
i nak nyanyi jugak...
u tak ingat kat i ker??
i dulu kan ada cita2 nak jadi penyanyi terkenal gak......

kak ja said...

Amboi mambooooiiiii!!! pepandai je u mencampur adukkan Kanda Anne I dlm group KUMPULAN GITAR RANCAK u tu ek? Dia tgh bizi dgn bisnes coklat dia tau?? Dia paksa I ganti dia.. bolehhh??

AM kalau time dia melalak, habis lari kupu2, belalang kat garden I tawww.. Depa pi terbang hinggap kat pokok mangga Akak..

Awat plak my word veri 'listen'?

Mama said...

CS... mcmlah U tak tau I ni ketam yg tak leh nyanyi langsung... I boleh tolong pukul drum je... psst masih teringat dpt bersalam dgn Emmnaserrrrr

fa*atip said...

aduh, mama dapat salam dgn EmNaserrrr? Masa kat ITM dulu, Fa pernah syiiiiok kejap kat dia! hahaaaaaa....

Aida Rezuan said...

Cik Som,

Dengan henset baru Wolverine tuh, mesti buleh record2 canggihnye, ek? Mesti lagik sedap and mendayu gitu, kalo Cik Som nyanyi. Kan? Kan?
(hint dengan cara halus mulush :D)

Mama said...

CS.... nak mintak tumpang lalu... nak jwb Fa... yes mama kejar dia kat parking The Curve.... nak salam punya pasal.... dia response dgn senyuman youuuuuuu

kak ja said...

Fa, I dedolu pun siok giler kat Abe Em tu.. tp tu lah.. dia tak siok kat I!!

Mencik aahhh!!

somuffins said...

Salam .. CikSom kembali bersiaran. Apsal I asyik mengantok aje nih?? Kurang bitamin apa kah??


Ain
Yang menyanyi lagu tu memang tersangat otai. Nak dengar lagu tu you kena hendap2 ke blog Fa sebab kat situ aje you boleh dengar lagu tu. Hint: Otai tu pernah jadi heart-throb kitorang yang mulush2 nih satu ketika dulu ...


Tie
Blog I sokmor takde lagu. Tak reti nak bubuh kekdahnya, kah3. Ehh, lagu tu masih berkumandang kat blog Fa.. (berani dia nak delete?? har3).


AB
Sejak YatMaria sound I pasal bubuh short form tu, I dah siapkan glosarinya untuk kemudahan pembaca budiman sekelian (adalah seramai 10000 pembaca minus 9990, ngeh3).


Akak
(bercakap lembut maklum memujuk)
Gini Akak, kita bukan tak nak ajak Akak menyanyi sama, tapi kalau Akak boleh buktikan Akak ada gene KETAM, kitorang anytime buleh tewima Akak jadi lead singer.


Ja
Kenot Ja. Wpun u adalah adek seputhat seputhing your kanda Anne, kami tetap takleh tewima you join group kitorang tu. We need an ori ketam tak kira ketam bunga ke, ketam bangkang ke waima ketam batu sekali pun. Hmmph.. takat umang2 pun I terima taw :-)


Mama
Perlukah kita bitau donia kita takleh menyanyi?? Maybe kita ada bakat terpendam mengubah lagi?? Haaa.. seni ni kan bercabang2 kan Mama kan? (psst.. mcm u tak tau I pun tak pernah nyanyi? kah3..Ada gak cuba2 nak humming lagu Bonda tapi terus kelaut...)


Fa
Dah siEmNaserr tu idola muda mudi, memang afdal kita minat kat dia, khaan?? Tapi kita dah lama insap, ya tak? (ehh ya ke kita dah insap Fa?)


Aida
Tang henset canggih tu memang terpaksa ngaku kecanggihannya dari yang dulu tu. Tapi tak janji bila suara CikSom yg 'merdu' ni direkodkan kedada Wolverine.. haha, nyesal kang!


Mama (jumpa lagi, hehe)
Dia senyum aje ehh? Tu yg tak tahan tu... Oooops! bulan puasya..


Ja
Apa nak kata Ja.. Marlia tu duk Subang Jaya.. Kalau EmEn teruskan perjalanan dari Subang Jaya ke USJ .. haa...sah gerenti dia dah jadi menantu I.. (wpun 10 tahun dulu T masih dibawah umur. Kira chup dulu, ok gak).

kak ja said...

Kalau I, 10 thn lps, masih bergetah gak lagi.. Alang2 dah jumpa, I sapu emen tu kat I, lah.. Apa kes plak nak pass kat anak.. bbpj

somuffins said...

Ja...
Kasihku hanya pada TB Ja... ehem.