Thursday, 26 August 2010

16 Ramadhan ... kerana kasih ...

2 hari lepas I kerahkan D hantar oven/mw ke kedai KLL untuk dibaiki. Kena bayar deposit RM10 for consultation. Kalau oven boleh dibaiki, deposit akan dicampurkan sekali dengan harga upah. Katalah harga upah RM800 maka I perlu bayar RM790 saja lagi. Deposit dikira hangus jika oven tu ditakdirkan pendek umurnya, booohuhu .. I nak nangis!!! Tak sanggup bercerai mati cenggitu..

Psst ... harga upah RM800?? har3 biar betik ... BBPJ!

Dah 16 Ramadhan, semangat membaking kian meresap dijiwa, I berharap sangat2 (harapan yg begitu luhur) oven tu boleh digunakan pada awal minggu depan. Kalau tak membaking, boleh gak guna fungsi mw untuk angatkan lauk time sahur atau paling koman, boleh guna untuk semunyikkan lauk, kah3 keji.

Katanya mw tak bagus diguna untuk angatkan makanan tapikan tapi, kalau mw tu tak bagus, nape tak diharamkan aje penggunaannya..., kan?

Long tanpa Ah @ bos kedai repair oven (kipas, tivi, radio, wm, mw, fridge) baru jer call beritau berita gumbira (BG) dan berita buruk (BB). BG, oven tu boleh dibaiki tapi, heheh .. where got free thing in this world, kan?? Maka BBnya, Long tanpa Ah kata overall upah termasuk harga alat ganti taklah mahal sangat.. beri jer kepulan kertas biru 5 helai - tak kira yang ada gambar pelantar minyak atau gambar TAR melaungkan 'merdeka'. Sama aje nilainya tu.

Oleh kerana rasa kecintaan kat Sharpie, I terpaksa setuju dengan harga yang ditetapkan oleh Long tanpa Ah itew.. Tak tergamak nak bitau TB sbb gua gerun beb. Dahlah hari nih keta kecik dihantar servis, mau habis berkepul2 juga tu. Nebermain, I guna wang saku I dulu (yg I semunyikkan kat celah2 ehem). Besok2 bila mood TB baik dan bila mood I baik, barulah I bitau.

Kot ada yang nak tau perkembangan I sejak hp Wolverine hadir dalam hidup I .... *sambil giggle katop mulut*

I dah berhenti mentelaah manual w'pun belum boleh grad lagi. Ada kalanya cara trial n error aka bo aje, lebih berkesan. Malu nak cakap kuat2 tapi dalam diam I dah mula selesa dan bibit2 chinta dah mula menyerap kejiwa, auww. Kalaulah I tau betapa pandainya syoknya guna hp yang berselirat dengan fungsi yang menakjubkan tu, dah lama I sambut pelawaan TB lebih awal lagi.

Psst .. menakjubkan sangat? hahaa.., adalah sket.

Tiap hari ada jer I discover samting tapi yang paling seWonok bila boleh hintai dan hendap kat blog2 menerusi Wolverine. Aaah, nikmat donia! Orang lain mungkin dah tak heran lagi, tapi I masih terkesima cum jakun, okay?? Bila T balik rumah last weekend, ehh.. pandai aje dia menukang si Wolverine. My ringing tone dah diubahnya dari tune ntah apa ke lagu Justin Bieber pulak. I tak minat anak cik Bibah tu tapi thedap gak lagu Baby tu ek? .. hehe. Lagu Somebody to Love pun ada, boleh??

Kononlah nak kata kami nih sehati sejiwa (sesuai dijadikan guest kat program SehatiSejiwa kekdahnya), tup2 TB tukar ringing tonenya dengan lagu Baby jugak. Nape nak tiru2 nih? ngader betul taw. Kalau sesaper terdengar lagi Baby kat mana2, jangan sangka bunyi tu datang dari henpon kitorang plak, heh?

Tapi semalam I dah buat barter trade dengan TB. I mintak lagu Buti n Debis plak dari dia. I sker lagu Celine tu cos it reminds me of Bebola (only Mama knows who Bebola is..kih3).

11 comments:

Ibu n Abah said...

kak som...
i book dulu...

azieazah said...

Bila dah repair mw tu, kena lah rajin rajin kan diri masak tuh yerrr... heheheh

Amboiii ring tone pun dasat.
I jer masih kekal guna lagu Melayu, Madu 3, P. Ramlee...hehehe

azieazah said...

Kot ya pun, sabaq la. Tunggu la Grup Gitar Rancak yg baru ditubuhkan tu, rakam lagu dulu. Silap2 leh sedap dari Maher Zain... heheheh

I leh jadi pemain bongo..!

G'Zain said...

Salam Cik Som,

Wah semangat raya nih sakan. Ha nanti leh la wa datang raya sakan kat umah lu ahakkkksss...

Ibu n Abah said...

kak som..
mujuqlah i dah booking.. phewwwwwww legaaa. (Sama leganya deangan kisah kita pagi semalam..)
Kiranya sharpie you masih milik you...
(masih nak mengingat kisah lama)
Hp tu, kalau u tahu lebih.. ajar2lah kat i juger....

kak ja said...

Pinjam rostrum sat..

Akak, amboi!!! dlm tercungap2 tu sempat lagi booking2 Number Wan..

KS, I punya Sharpie mw yg dah nearly 2 thn berkelana kat kedai letrik tu, nampaknya tak mengecewakan I.. Bila I malas nak bangun awal for sahur, I masak nasik pakai mw je.. 12 mins on high, 3 mins med high.. Legaaaa.. siap nasik I..

I sampai ari ni masih blom pernah mengidamkan enfon canggih-manggih.. bimbang menyusahkan hidup I nanti..

Mama said...

CS... tiba2 I teringat... Ketam + Bebola = Isketambola.... he he.

U sharpie masuk worksyop, mine si Sony sdg bertapa kat serv ctr tu semenjak disambar petir... waduh

somuffins said...

Salam Nuzul Quran ..

Akak
Book boleh tapi kena bayar deposit (maklum nak raya kan? Kena cari duit lbh sket).


Azie
Ekceli tengah rajin, tetiba oven/mw tu rosak. Buat downkan mood kita jer. Azie, my ringing tone tak pernah ada lagu2, yang ada cuma tone yg ditaja oleh syarikat hp tu sendiri.Amoi punya kerja bubuh latest lagu.
Psst..grup kita mula beraksi lepas raya. You main bongo, I main cymbal :-)


Gee
You lagi sakan, siap bershopping jauh nun di HCMC lagi.


Akak
Sayang kat Sharpie punya pasal, lautan api rela ku redah, kekdahnya.


Ja
I jarang masak nasik waktu sahur. I masak sekali arong masa berbuka. Rajin tak I? ngeh3.
Pasal hp canggih manggis, I pun tak pernah idamkan yg 'cang'(gih) mau pun yang 'mang'(gih); I dapat hand me down punya, remember?


Mama
You dah pernah dengar Bebola menyanyi lum? Sedap suara dia taw. Sony tu is an oven or laptop?

Aida Rezuan said...

Cik Som,

Tak pe Cik Som.. buleh guna kertas kaler pink, ijau, cekelat, purple (yang bebudak suka guna tuleh surat chenta tuh :D) untuk buat kepulan2 baru.

Bila Sharpie selamat balik ke rumah untuk berbuka dan mengukis? Mesti tak sabo dia nak beraksi dan membuktikan nilai matawang dia.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

amboii..

berasaplah dapur lepas ni..

somuffins said...

Aida
..tapikan tapi kertas rona2 tu takde gambar orang pakai tanjak.. Nak orang pakai tanjak jugaaak..
(sambil mengesat airmata).
Diharap Sharpie boleh berdikari buat kukis sendiri.. haha2 baru ya.


Azrina
Dapur dah lama berasap. Yg tak berasap ialah ketuhar, har3.