Wednesday, 18 August 2010

7 Ramadhan ... the demise of 6680

Macam takde benda nak cerita apa terjadi 2,3 hari nih .. well ekceli adalaa cerita cacamarba yang dah dilapah dan dimarinate dalam periuk draft, tapi tulah.. I tak pasti samada ia sesuai digoreng atau digrill buat bbq oleh para cendikiawan sekelian. Tetiba kita terasa malu plak waaak, heheh.

I sedih sebenarnya. Sedih dan ralat bercampur-aduk. My 6680 @hp cap ayam belanda terpaksa dikurung dalam reban. Penggantinya ialah hp cap ayam kokok berbalong merah menyala dan bertaji owhhh sungguh tajam sekali (aka Wolverine). Dia selalu jadi jaguh diarena antarabangsa bukan sekadar jaguh kampong (bahasa terkini = canggih).

Bila kita mula menulis tapi ramai tak faham apa yang kita tulis, sah terang lagi nyata sipenulis tu sedang dilanda duka nestapa. Ya betul, I sedang dalam mode berduka.

Ramai suka guna hp canggih lebih2 lagi dapat free, ya tak? Tapi kalau you tanya I, dengan terketar2 I jawab TAK SUKA (terketar2 sebab 70% sukerr but shy to admit). Belen 30% tak suka .. cuba bayangkan bila kita pindah rumah baru. Macam2 yang kita kena buat dan kita ambik masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Tul tak? Kalau you kata tak betul, sah memang you tak pernah pindah rumah baru, har3.

I tersangat sayang pada 6680 tu. Banyak kenangan indah tak indah bersamanya. Bila 6680 buat perangai yang menaik-turunkan emosi I, TB has to step in kekdahnya. "It's about time you tukar yang lain". Catch word there is 'lain' bukan 'baru'. Dia pernah beli 1 hp jenama CSL tapi kejap aje dia guna. I terkesima juga sebab CSL tu nama I ( L tu nama my fader tapi bukan Lennon or Lenin k?), so bila I guna mestilah cun kot? har3.

CSL tu boleh dengar radio dan boleh juga tengok tivi. But I donolah, I nih taik tivi tapi I just tak minat. Truth is I tak sker hp rona hitam tapi sepatu dan handbag hitam berilah kat I... (psst.. lupa nak uar2kan.. ada orang belanja kita handbag raya taw, heheh).

I masih bertahan dengan 6680 tu dan sabar dengan keterejalannya. I nih memang setia pada yang satu, kih3..... until seminggu lepas TB dah terhangkut satu hp baru cap gajah putih. Dalam situasi gini, siapa agaknya lebih diberi hak terima siWolverine tu? Untuk keharmonian keluarga takde siapa bergaduh n bertumbuk (which D most likely to ngendeng tapi sure tak dapat), maka I diberi hak penjagaan Wolverine! Macam hepi bunyinya tapi sebenarnya tak berapa.

Masa I ngigau tumbuk2 angin malam tu, rupa2nya TB buat lebih dari sepatutnya. Dia bukan aje cari sebab as to why laptop dia tak terima signal dari my hp tapi dia dah nodai big time segala urat sarap my hp cap ayam belanda @ 6680 tu (tapi katanya dia dah transfer segala manikam ke laptop dia which I belum pastikan ada ke tak). I tak kisah kalau nama Obama hilang dari my contact list but when names like Santi, Hasan, Firdaus, Zehan n Aceh have gone missing maka gelap doniaku, kekdahnya.

Since I dah masuk dalam kandang Wolverine maka perlulah I asah kasi tajam kuku2 biar roarr gempak sket, kah3. Berbekalkan buku manual 49 muka surat yang nipis dan kecik aje, I pun mentelaah slowly but surely. Ilmu perlu ada didada w'pun TB dah beri 5-minit taklimat aka hands-on training.

Bermulalah kehidupan baru dengan hp cap Wolverine .. Esok lusa bolehlah I cerita perkembangannya.

Sebagai penutup, haruslah I kongsi sepatah dua kata hal Ramadhan. Baru semalam sempat pergi bazar Ramadhan kat situ namun I keciwa sebab satu2nya makanan yang I idamkan takde dijual. Batang hidung penjualnya pun takde (not that I could remember their faces, heheh). I yang tak minat dengan roti John terbeli roti John. Heran I dibuatnya tapi mungkin dah rezeki sipenjual.

Keputusannya: tak puas hati dan mungkin 7 hari dari semalam I buat lawatan kebazar jajahan lain pulak.

Hari nih TB kerja petang so maknanya dia berbuka diopes dan I boleh ooolalaa sebab tak perlu masak nasi dan lauk2 untuk berbuka. I thot of making roti inti sadin dibenamkan dalam batter tepung beras pastu digoreng deep fry. Nyum... insyaallah mood menyadin datang tanpa kompromi.

12 comments:

kucingorengemok said...

leman? i teka tembak

ehhh, sebab cerita pasal PL tiba² teringat PK of mi hun PK. apa ke nama pakcik tu ek... kadir? kalid? tak berapa nak kalid rasanya... *maka sisa² hari ini akan kuhabiskan dengan cuba mengingat nama pakcik mi hun yang tak pernah kukenal (pakcik) dan tak pernah kurasa (mi hun)*

sekian komen yang panjang

Sizuka said...

roti inti sardine?? argh!! kenapa harus tempt i dengan juadah tu?? now i'm having a second thought.. patut ke i tambah juadah berbuka hari ni? :D

inahar ali said...

salam cs..kita tgh mencari2 idea menu utk berbuka..wah roti sardin tu gud idea tp alahai sardin lak xde stok..huhuuu!!

Ibu n Abah said...

kak som...
i lambat lagi ari ni...
ingatkan nak booking nombor satu...
lepas ni i baca..
i booking nombor 4..

Ibu n Abah said...

kak som..
memang payah kalau dapat hp bawu.. kitab kena baca... nak antar sms kena adjust picitannya dari biasa...
memang sakit...
tapi kan...
dah terlanjor suami tu berbudi bahasa memberikan kita yang baru dan canggih... haruslah kita kata Thank You Yang.... mudah-mudahan bila nak lagi dia boleh beri dengan senang hati...
Maknanya u berbuka sendirianlah yer... Chian You....

ain said...

salam kak CS! lama tak jengah sini. tak le lewat sgt to wish you selamat menyambut ramadhan al-mubarak!

Rima said...

CS
I also like that one u know.. dont like to change cos malas nak start all over again.. macam perkawinan gitew.. tapi kannnn kahkahkah

I got a new lappy but got my hb to download selagi selagan benda.. senang sikit kerja kita.. now I am a happy mama again :o)

Roti sardine eh.. best jugak ... today i want to goreng epok epok sardine ah

Tie said...

Err... hp kita rasanya pernah tepek di blog dulu, orang kata boleh buat sendal pintu! Ekekeke... sabor je laa.. Tapi, kita tak berapa suka yang canggih-canggih. nanti nak guna termenung dulu. Yang simple-simple ni senang sikit, sesuai dengan sifat Tie yang selalu blur, hihi..

somuffins said...

Salam semua ...

KOG
Tembak dari tadi dah mengena lum?
BTW,PK = Pak Kasim. Camana you boleh terkenang dia?? Old flame nama Kasim ke? ahaks.

Shidah
Kerja yang mudah serta simple serahkan pada I.


Inahar
KIV aje roti inti sadin tu. BTW, tepung gomak ada lagi tak??


Akak
TB beli hp lain, maka I dapatlah ex dia, hehe.. Selalu cam tulah, alhamdulillah. Minggu nih buka berdua dgn D; sahur nanti bertiga. Kadang2 best juga mcm nih, hehe..


Ain
Selamat berpuasa. Anak2 semuanya apa kabar? Honey puasa tak??


Rima
You pun cenggitu ya? tapi bila dah master dengan benda baru, berbunga2 plak rasa dihati, kan? (psst.. for sure takkan sama cam perkahwinan *wink*). Bestlah you dapat lappy baru. Mine is still kurapted. Tak besh aah pinjam orang punya tapi terpaksa, hehe.


Tie
I suka yang simple jugak tapikan bila dah rasa ok dgn yang baru, terasa cam best pulak. Apa2 pun I still love my 6680 tu.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

hp rayalah tu.
alah bisa tegal biasa..
si wolverine tu kat ensem..

*elehhh sendiri pun sama jugak.

fa*atip said...

tunjuk le gambor hp tu, nak tengok!! hehe...I pun setia, biarlah orang nak kata hp I tak canggih, tapi hp tu laa yang canggih dihati I...hehe

**oopss harap2 Lee tak baca ni**

somuffins said...

Reen
HP tu baru I dapat tapi tidaklah baru dibeli. Alhamdulillah belas ikhsan orang *sambil tadah tangan*


Fa
Camana hp tu nak amik gambar dia sendiwi? hehehe tapi katanya dia malu nak enterfrem.