Sunday 29 August 2010

19 Ramadhan ... hal WM, free tumblers n JJBP

Plan nak keluar beli barang dapur terkandas sebab sengaja dikandaskan, heheh. Since hari nih banyak basuhan dan sang mentari bersinar as if there's no tomorrow, maka I bertindak cerdik just to stay put at home memantau basuhan hingga garing.

My WM yang baru 5 tahun berjasa tu dah mula mengada. Tak pernah I alami atau tengok dengan mata kepala sendiri kipas yang tugasannya memusing2kan baju tertanggal. I thot benda tu dah diskru mati takkan tercabut sampai hari kiamat bila2 tapi rupa2nya my thot meleset.

Mula2 cemas gak.. owh tidaks .. dahlah siSharpie gering, nih WM plak buat hal. I tutup switch dan ketatkan semula skru pada kipas dengan jari jemari aje tak guna skrudrebar. Hal nih terjadi 2 minggu dulu tup2 baru kejap tadi skru kembali lohei @loose. Waah, takleh jadi cenggini.

Instead of diskru semula kipas tu, dengan gagahnya I terus angkat benda tu aje. Badang sudah datang, kekdahnya har3. What do you see? Eh silap, what do I see??? OMG! Kat bawah tu rupa2nya dah berselut you, yukkkkh. No wonder selepas basuhan dikeringkan, I perasan ada cebisan kotoran melekat pada baju. Kat situ rupanya perilaku salah berlaku, heh!

I pun apa lagi. Berbekalkan berus dan berus gigi terpakai, I gahar lantai WM tu. Nah kau, puas hati, all the selut melut hilang dengan jayanya dan bersumpah tak nak datang lagi, ngeh3..

Petang nanti semasa you all sedang sibuk2 didapur (eh3), I plak mengelat JJBP kat rumah Ngah yang bermurah hati menjemput adik beradik, ipar duai berbuka puasa disana. Yabadabadoooo ... Diharap sangat2 TB tak sesat kali nih. Camana kalau sesat juga? Besuk I pindah KL *serius nih*

I ada masalah penempatan penduduk asing @ free tumbler. I dah insap, tak nak jadi hoarder w'pun I hoarder berhemah (sendiri ngaku tak salah, kan?). I nak kosongkan my cabinet tak nak simpan benda2 cam tu namun tiap minggu bila TB beli kopi 6-in-1 dia yang power tu (auwww), maka terkumpul lagi 2 dan 2 dan 2... Koleksi sekarang dah mencecah <> 12. Tak boleh tolak tawaran percuma tu sebab kopi dan tumbler dipeketkan satu plastik.

Note: JJBP = jalan2 buka puasa

9 comments:

CS said...

Salam semua ...

Tuan tanah nombor 1.

Lili said...

Hahaha!Tuan tanah ngelat!

Lili said...

CS,

I baru perasan your profile pic dah lain...

Hmm...bab-bab WM buat hal ni yang paling I takut. Sekarang ni my WM tak boleh sekat air sendiri so, I yg kena tunggu sampai tub penuh, WM bergerak, baru I tutup air...macam tulah sampai selesai tugas spinning!

Ibu n Abah said...

Tuan tanah memang ngelat...
tak achi lah macam ni....
i dah berjelaga muka tungggu cerok dapur.. u tak kasi i nombor satu....
I bukak-bukak Al-Kisah ingatkan nak booking....
hahahahahahahahaha..
tuan tanah pun nak berebut jugak dengan i.... hahahahahahahahahaha...
u ni kelakar lah.....
'Wan Som...'

azieazah said...

Wetro tu nampak bermacam macam kaler. Kalu dah 12 ketul ada kat rumah, mesti lengkap macam sekotak pensel kaler.

Apa kata, hanto setengah kat rumah I. U kan boleh beli lagi... kan? kan?

azieazah said...

COPY & PASTE:
"Azie
Cepat benar you sob3 walhal u bukan pengomen terakhir (psst.. rasa nak bagi hadiah pada pengomen terakhir..)"


Ohooo nak bagi hadiah yer? Bijakkk.
Bila pengomen terakhir yg komen, U mesti akan respons kan? So sapa yang akan jadi pengomen terakhir sebenaqnyer?
Dan hadiah tu balik pada sapa? Ahaks!
(I punya conclusion memang dasat, kan?)
harharharhar!

kucingorengemok said...

kawan cik hoarder yang juga seorang (ehem) part-time hoarder telah membeli 4 batang darlie smlm sbb nak mangkuk kaler biru, tapi stok biru takde. jadi ambik mangkuk oren. cis. rosak kesinambungan warna dapur i.. eh, did i say 'i'? ;)

PUTUBAMBU said...

cantik tumbler tu kak...

CS said...

Salam semua ...


lili
Tuan rumah bukan aje ngelat tapi dia juga GK (giler kuasa).
WM you dah buat hal eh?? Alang2, hangkut aje yang baruu..:-)


Akak
Untuk menjaga keharmonian kampung, kekdahnya. Tuan tanah bukan aje ngelat tapi giler kuasa maka nama I skrng ialah TTGK.


Azie
Betul ke you nak 1/2 of those tumblers??

COPY & PASTE:
"Azie
Cepat benar you sob3 walhal u bukan pengomen terakhir (psst.. rasa nak bagi hadiah pada pengomen terakhir..)"

You punya conclusion bukan aje dasat tapi menikam kalbu, kekdahnya, har3. Ekceli masa tulis tu, tak terlintas plak nak buat macam yg you concludekan (betapa luhurnya I, hwa3). Pssst, ketam mmg bijaks..


KOG
Kawan cik hoarder telah mengaku dengan cara lembut, halus lagi hemah bahawa dirinya adalah hoarder kelas 1, har3. Kita sker...
p/s: (yes you did say 'i').


PB
Memang cantik tapi xtaulah everlasting tak. Budak2 memang suka... kot? Kalau rumah kita dekat, sah tumbler tu kepunyaan anak2 PB.