Tuesday, 31 August 2010

21 Ramadhan ... Merdeka!!

Merdeka diucapkan pada Mak Andeh yang terlupa bawak wallet ke supermarket petang tadi, har3. Boleh I tertinggal wallet kat rumah walhal itulah bendanya yang I pegang just before I keluar rumah. Somehow bila I sedar pouch yang I bawak ringan aje, masa tu jugaklah T call beritau hal yang sama.

Masa tu cuaca amat tidak menggembirakan. Anytime aje mesti hujan lebat namun semangat Ramadhan dan Merdeka masih utuh. Dalam pada tak berduit, ada hati reserve beberapa jenis kueh .. putu piring, keria, kueh dadar dan pulut panggang. I dah kenal cik kak yang menjual tu so I tak rasa malu. Pastu I terus ke supermarket beli apa yang patut dalam mode 'fast forward', kekdahnya. Tinggalkan barang2 dalam troli, bitau pekerja kat situ I balik kejap ambik duit.

Nak kata aksi I petang tadi mengalahkan Schumacher tentulah too over a statement tapi I dapat rasakan adrenalin I naik turun, pecut kekdahnya tu. Sebaik I tiba depan rumah, hujan pun turun tanpa segan silu. Well, that was good enough for me, alhamdulillah. Janji I tak drive masa hujan lebat dengan dentuman petir dan kilat ... nehi !

T patut balik ke kolej pukul 4 ptg tapi dah hujan lebat cenggitu, dia tunda balik kesana lepas berbuka. I tak berapa hepi kalau dia drive malam sensorang. Anyway, bila I tanya nak makan apa? "Nak makan nasi beriani, lauk daging transparent dengan acar". Masakkan juga maklum dia dah sebut. Kesian pulak. Sempat juga bawak bekal nasi dan lauk cukup untuk dua orang bersahur. Dia bawak sekali 4 ketui sata yang dibeli kat bazar semalam.
.
Beriani daging tanpa herba2 wajib

Udang mentiga & bawang goreng

Acar warna-warni

Merdeka yang keberapa2 pun, I tetap ingat Merdeka yang ini dan semestinya ketika menyambut Merdeka di Kota Tinggi. Merdeka then was full of formal activities. Ada perarakan dipadang depan rumah dimana Bak n Mak mengiringi dot3, ada majlis diKelab Air Bah dan yang paling best ada pertunjukan speed boat kat sungai tersohor Kota Tinggi dan pertunjukan 'tatu' kat padang depan rumah juga.

Pertunjukan 'tatu' dimana anjing2 askar turut sama beraksi. Sedihnya Mak tak benarkan I ikut sama ke padang, dapat tengok dari kawasan rumah aje. Mak kata anjing2 tu bahaya sebab tengok aje kita bergerak, dia akan kejar dan gigit kita. Masa tu I masih comel-mot, akur aje not wanting to take the risk of an Alsatian sengam betis I yang mulus. Malam harinya bila Bak n Mak kemajlis apa ntah, Ngah jadi baby sitter pimpin I ke padang depan rumah beli putu piring warna kuning.



Dah tak terpandang lagi putu piring warna kuning. Dah pupus kot?

23 comments:

somuffins said...

Salam semua ...

uhuk uhuk .. terbatuk plak.

3E said...

Salam Aunty Som....
uih!!! beri comment kat blog sendiri ke? Hebat betul...hehehehehe...
Waduh-waduh pantang je anak sebut nak makan apa, dengan lajunya drpd kilat, Aunty Som dapat merealisasikannya...tabikk spring toi toi la...:-))

pssttt...tringgat pulak duk tgk tatu kat stadium negara dulu...

Yat Maria said...

Cik Som...terbatuk lak eh...hehe...

adakah kerana lari2 anak kijang dalam gerimis kemarin :)

Naz said...

Tiba tiba teringat Encik Putu di Bali. Memang kuning.
Untuk berita selanjutnya, tunggu esok kat FB.
:D

Cik Lurpak said...

erk kenapa mesti warna kuning, warna putih lah best... hehehhe

Ibu n Abah said...

kak som...
mmglah sesuatu yg menaikkan adrenalin bila kita memandu dlm keadaan tergesa-gesa... tapi itulah yg akan mencekapkan kita.... selalu2lah tertinggal purse.... hihihihi tapi i pulak.. kalau i pergi memana dgn TL.. sengaja i tinggalkan purse....
dia pun dah kenal taktik kotor i....

Aida Rezuan said...

Cik Som,
Puas saya dok pikir amende la "lauk daging transparent" tuh. Bila tengok gambo, puas telek pulak.. kat mana yang transparent nye. Wawawawa!

Tie said...

Bila sebut kota tinggi tu, ayah pernah cerita, time banjir hari tu, siap ada buaya lagik! Ayah memang cukup rajin jadi reporter bila ada peristiwa penting, hehe..

Putu piring... aderk! Kat sini tak ada laa.. yang ada putu bamboo. Tiga ketul 1 rial... mahal tak?

somuffins said...

Salam semua ...


3E
Walaikumsalam. Pendekatan terbaru kekdahnya tulis komen kat blog sendiri, heheh.
Ekceli bahan tak cukup nak buat beriani yg cukup sifatnya tapi since bahan utama ada, so I bo aje. T drive sensorang balik ke kolej, kalau apa2 terjadi, I menyesal tak sudah kang. Tu yang bertungkus lumus tu .. Alhamdulillah Allah permudahkan, amin. Nanti you juga buat apa yg I buat untuk
4E.


Yat
Sebelum berlari2 anak kijang dlm gerimis dah dapat batuk gatalz tu.. uhuk!


Naz
Bila dah biasa tengok putu piring warna kuning tetiba tengok warna putih, terasa janggal plak. Sama gak I used to seeing white brinjal tetiba nampak purple brinjal.. jakun gak.


Cik Lurpak
Gaknya warna kuning warna asal putu piring until satu hari mereka kehabisan pewarna kuning atau kunyit, barulah diorang discover warna putih pun OK gak :-)


Akak
Nasihat you akan diguna pakai sbb make sense jugak. Bila lagi boleh asah bakat jadi pelumba F1 berkaliber kan?
Sebab musabab tertinggal purse .. I tak guna handbag yg selalu I guna; tapi I guna pouch aje. Tu sbb I tak sker ganti2 handbag. I guna 1 handbag keceruk dunia, har3. I tetap bawak wallet kemana2 sbb dalam tu ada MyKad.


Aida
Daging transparent ada sket aje, not so obvious. Dia tak cakap siang2 nak makan daging transparent; tu pun nasib baik terjumpa daging kurun ke 19 terselit dalam freezer, kah3 (ayam ada tapi dia tak suka ayam).


Tie
I miss calling2 my Bak berbual atau dia merepot cerita2 cam tu, sigh...
Kat bazar 5 ketul putubambu = RM2. 1 rial tu baper ringgit??

kucingorengemok said...

putu piring kuning tak ke masih berleluasa di johor? tak nak pulak orang buat putu bambu kaler kuning kan!

PUTUBAMBU said...

putu bambu takde ke kak?
hehehe

Rima said...

cik som
ah ah seh.. dah lama tak nampak yg colour yellow ni.. dulu ade sekarang semua dah jadi virgin.. white sesuci debu hehhe

Imagining u pecut macam si Schumacher hehehe

somuffins said...

KOG
JB to me is like going to Paris, har3. Lama dah tak balik JB so kenot rayap2 hunting for PP warna kuning. Betulah bagai dikata, nape diorang kat sini tak buat rona kuning ek??

PutuBambu
Putubambu versi makanan memang ada; hari tu I beli 5 ketul RM2.


Rima
Kat sana ada PP rona kuning tak?
Yes, pecut I did. Kalau tak mcm Schumacher pun, I rasa dah sama league dgn McLaren, kah3..

Yat Maria said...

Uhukhukhuk..batuk tersedak...sama league ngan McLaren..uhukkkk batuk lagi...

Rima said...

Dulu ade jugak kat geylang tu but that was super long time ago.. now tak de.. putu bambu lagi tak dak.. if nak makan cam gini nak kene gi M'sia.. hai tahun ni bulan posa tak de chance nak gi masjid india :o(

somuffins said...

Yat
Mehlah I bawak you jenjalan naik keta sepot I. I gerenti batuk you hilang punya..


Rima
Apalah yang you intai2 kat Jln Masjid India tu? Maruku ke vadeh?

Cik Som said...

kalau saya balik Muor, sure beli putu piring kat depan balai bomba. Sedapnya.. gebunya... ermm mmg takleh tahan lah! Selain daripada di Muor, tak pernah jumpa putu piring kuning.

somuffins said...

Cik Som
Sah! Muor memang satu2nya tempat bermastautinnya putu piring kuning. Hidup Muor!! :-)

ahkakbatik said...

hadoi...thodapnyer udang butter itu.... confirm bukan tapau dari bazar ek?...
confirm tak pakai kicap, nak mintak resepi....

somuffins said...

AB
Confirm that udang butter adalah hasil my waterhand, ngeh2.

Betul ke nak resipi? Gini.. (cewah):
Bawang besar/kecik/ketot dihiris (qty: agak sendiwi) pastu digoreng dgn butter+minyak masak (qty: agak2 sendiwi). Bila dah molek rupa coklat2, angkat n put aside.
Masukkan udang yg dah digaram kunyit dlm lebihan butter tadi (kalau minyak tinggal sikit, tambah sket lagi butter). Bila udang dah masak, u campurkan bawang goreng tadi, kacau rata biarkan diorang berkenal2an.

DAN .. yg nih I tau you tak sker nak dengar..
Sebelum angkat udang tu, bubuh sesudu dua kicap MANIS HABHAL CAP UDANG ........... (heheh)

ahkakbatik said...

3 kali tau 1 baca pasai bawang tu... cakap jelah sediakan bawang goreng! huh! dengkilah tu...

nantikan gambo yg lebih mengancham butter schrimp saya esok....
pssstt.. kalo takde gambo tu maknanya tak jadilah ek..

somuffins said...

AB
Bawang goreng (BG) bukan sebarang BG tapi BG yg nih wajib digoreng dgn butter+minyak masak terlebih dulu. If not, default kang, heheh.

azieazah said...

Malam tadi tak online, so missed ini entri.

Putu piring kuning? Pewarna or what?

Hmmm anak kalu duk berasingan dgn mak pak, balik minta makan telur goreng pun dah seronok dahhhh...!