Tuesday 10 August 2010

Takleh beronggeng ...

Entry ini telah ditokok tambah. Mana boleh tak menyempang kan?

Salam semua ...

Sebagai mukadimah, terduduknya saya dikerusi tak berapa nak empuk nih hanyalah untuk mengucapkan selamat hari raya menyambut bulan Ramadan yang mulia. Oleh kerana saya dah tak buang puasa lagi itu, saya yang bernama Cik Som ingin mohon maaf - zahir dan batin - dari semua kengkawan yang sudi berkunjung kesini. Mana tau pernah tergelincir kata2 walaupun niatnya hanya bergurau senda.

Nampaknya satu dua hari nih tidaklah boleh I beronggeng sesuka hati kat dada Al-kisah sebab sekarang nih .. (bayangkan aksi my tangan camana I buat untuk emphasise 'sekarang') laptop I telah 'kurap-ted'. Ntah kenapa tetiba terkurap cenggitu. Harap tak berkudis tapi rasanya lebih teruk dari tu. Harapan menggunung agar TBku dapat buat sesuatu a.s.a.p. Pleaseeee...

Sekarang nih I pinjam laptop dia. Ishh.. I nih tak sker pinjam harta orang bunian .. kiranya nih dah terdesaklah nih, har3. Sama gak bila bawak kereta, I can only drive my own car (own car? since when I ever bought a car? ciss!).

Taknaklah nanti TB terintip2 kat 'history' laptop mencari2 apa blog yang I dah tinjau, apa mendenya yang I baca kat internet. Sebenarnyakaaan, I tak nak dia terjumpa my blog nih cos I malu aaah. Betul you, w'pun dengan suami sendiri ada juga part2nya yang I memang terasa malu, auwww.

Oleh kerana takleh beronggeng, I telah memunafaatkan 1/4 hari untuk berkemas. Ada pekdah juga bila laptop terkurap-ted ek? Habis dah I jual sokabar yang almost mencecah siling, kah3. Since sejengkal harganya lima rinG, maka all in all I telah TERkaya sebanyak RM42 sahaja (+ jual majalah lama dan buku text sekolah). Duit tersebut boleh beli 2 balang tart nenas :-)

Senang rasa hati dan jiwa bila H d'Bangla dah potong rumput rumpai kat taman sekangkang keWa. Sejuk mata mandang bunga pink Ixora (satu2nya pokok yang dare to flower, kih3), (buat2) sejuk jiwa mandang pokok2 yang hidup segan mati tak mau tu dan bila mandang bendera Malaysia yang sedang berkibar tu, semangat Merdeka terus menusuk kalbu. "Mendeka" <- jeritan D n kazen dia masa kecik2 dulu, hehe..

Jom berdiri ..

Negaraku, tanah tumpahnya daWahku, rakyat hidup bersatu dan maju, rahmat bahgia Tuhan kurniakan, raja kita selamat bertahtaaa.... (setahun sekali TB akan ganti mendera baru .. very patriotic kekdahnya dia).

OK... TB dah balik dari kerja .. I kena buat breakfast.. tata.. jumpa lagi

14 comments:

Ibu n Abah said...

Nak booking jugak...

Ibu n Abah said...

Alhamdulillah....
baru boleh baca dan boleh komen....
Selesanya....

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum CS..

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Mohon Maaf Zahir dan Batin. :)

mokja said...

Salam ziarah,
Ingat saya saja seorang yang ada certain phobia guna barang orang.Kereta suami/anak pun tak pernah bawa sampai tak tahu mana punat tingkap atau apa apa.laptop ni pun dah terkebil kebil tapi masih sayang nak hantar repair sbb tak mau guna pc anak.
Selamat menyambut puasa.

kucingorengemok said...

surat kabar saja kah? mesti banyak lagi harta² hoarding yang boleh dijual - botol kicap, botol sos (i baru simpan 1), tin air 7-up? :)

selamat berpuasa penuh, cik soms!

CS said...

Salam semua ...

Akak
On line booking kekdahnya kah?


Kakcik
Sama2lah kita berentap mencari pahala.. insyaallah.


Mamason (ahaks)
Mungkin pe'el semula jadi yang berhemah dan beretika (cewah) tapi bukan fobia. Mungkinkah?


KOG
kihkihkih, tak baek taw. Ada lagi sebenarnya; ada 3 bekas air mineral 5kg, harta karun yg tidak boleh dikategorikan ISBN/ISDNnya, baju2 lama zaman retro, baju2 baru yg agak ketat .. hadoyai, the list is endless. Kena bertungkus lumus buang apa yg patut to make way for balang2 kueh raya, yeay!

Yat Maria said...

Cik SOm..

Selamat menyambut Ramadhan. Semoga amalan kita diberkatiNya..

PatinPasta said...

Cik SOm,

Selamat berpuasa dan menyambut Ramadan. Harap kompeter sihat semula dengan segera!

Rima said...

CS
Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak to u and ur family.. jgn tido lambat lambat.. esok nak bangun sahur tu hehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

CikSom,

memang the very tak besz bila pinjam lappy somi kan..


kita pun cenggitu. meranalah jugak dua-tiga-empat-lima bulan..


akhirnya 2 minggu lepas berjaya mengetuk beli pc baru.. hehe..

inahar ali said...

salam rindu CS..selamat menyambut ramadhan ye!

ahkakbatik said...

somi cek pun tak baca geblog cek.... tak sker ah nanti nak kutuk dia takleh...
pernah dia terbaca sekali, okojot tengok bahser cek guna...

err.. walopun cek orang jawa, cek pun okojot dengan bahser cek sekarang...har3x..

FaAtip said...

i selalu check `history' dia..hehee

CS said...

Yat, Aida, Rima & Inahar
Timakasih. Selamat berpuasa dan sama2lah kita menuju puncak Al-Jannah, insyaallah ;-)

(Diharap my laptop sihat sebelum berakhir Ramadan, haishh..).


Azrina
Memang berbaloi you tahan sabar 2-5 bulan sebab dapatgak pc baru (rela tak dapat baju baru kekdahnya, hehe).


AB
Macam sama aje kita? Tapi mana kita ada kutuk2, kita cuma 'tarik kaki' dia aje sekali sekala, kan? Lagi pun I menchii menerima kritikan samada membina atau menjunam dari suami sendiwi.Orang lain nak kritik tak per.


Fa
You check 'history' dia? Diharap takde kejutan 'hari ini dalam sejarah'. So far ada tak? :-)