Saturday 14 August 2010

4 Ramadhan ... sambal gor


Sesiapa yang teragak2 nak gelakkan gambar hasil nukilan kamera cap ayam belanda, lebih baik jangan... Waspadalah ... anda diperhatikan.. (takde 'har3' sebab kali nih kita memang serious taw).

Hari nih tak terkecuali, lauk tetap 3: SG, AyamG n SotongMK. Secara lahiriahnya I berasa sangat bangga dengan kebolehan sendiri, har3. Bangga tak banggalah sangat tapi kali nih, I punya sambal gor (SG) terasa delicious beyond words. Besok lusa, wallahualam (cakap berlapis nih).

Gitulah hasil air tangan yang kian berubah2. Bila pungpang beriya2 tetiba rasanya cam tak kena aje. Kadang2 tu main lempor2 aje, wah! bukan main lagi lazatnya. Bukannya tak baca bismillah atau selawat tapi tulah dugaan namanya kot? Allah saja nak menduga samada orang2 tertentu yang memakan hasil air tangan I adalah jenis manusia yang reti bersyukur atau sebaliknya. So far alhamdulillah, diorang sedar diri tapi tu tak bermakna tak kedengaran kata2 sumbang langsong).

Baru hari tu I tanya TB "masa nak kawin dulu, you kisah tak I pandai masak ke tak". TB selamberly jawab "dah cinta". Ishhh .. mulalah dia tu nak berguWau senda dipetang Ramadan. Batal kang.. tak pasal2 jer.. heh!

I selalu bitau D n T, I tak minat masak w'pun diorang tau takde lain minat I selain baca majalah makanan, tengok tivi rancangan masak dan adalah sekali dua I buktikan betapa I boleh kalahkah chef 1 (lupa lak nama dia), chef 2 (nama dia Sabtu) atau pun chef 3 (nama dia Fitri), heheh.

Bila I bitau budak berdua tu betapa I tak minat masak tapi I tetap memasak .. sebabnya satu aje iaitu bila namanya tanggung jawab dan tanggung jawab tu digalaskan kebahu kita, nak tak nak kita mesti lakukannya juga tapi lakukan kerana Allah. Tazkirah dari ustajah :-)

Bak akui orang perempuan sebenarnya tak perlu kedapur pun tapi katanya "syurgaa.. syurgaa" ... <- pahamlah maknanya tu tapi tulah keistimewaan manusia yang bernama wanita. Dia seperti lilin, kekdahnya.

8 comments:

Lili said...

Hehee...gelak ni bukan sebab gambo tu but I gelak sebab suka citer2 masak memasak! You go (girl) Cik Som!

Sekarang terpikir pulak, kenapa I tak pernah tanya hubby soklan yg sama you tanya TB?

Ibu n Abah said...

Wan Lili...
kalau bukan wan lili... wan fa...
kalau bukan wan fa.. wan ja....
habis.. wan mah nyer turn nombor satu biler....?????

Ibu n Abah said...

kak som..
sungguh pun bukan menjadi tugas kita kaum wanita untuk memasak... tapi sebagai isteri yang mithali.. dan ibu yang sejati.. anggun lagi suci murni... tetaplah kita masak kan...
(sama-samalah kita menghidupkan dapur...)

Lili said...

Huahuahuahua)))
Sekali lagi, CS, bukan gelak kat gambo you... tapi gelak kat 'wan mah'!

azieazah said...

I suka masak sebab I suka makan. Takkan nak soh laki I masak utk I semata2 I makan lebih banyak dari dia? Macam tak kena plak, kan? hihihihihi

CS said...

Salam ...

Lili
Dah tanya hubby soalan cepumas tu lum?? You jangan gelakkan Wan Mah, nanti dia majuk. Larat ke you berulang-alik nak mujuk dia??


Akak
Kekdahnya kena komen kat blog sendiwi kalau sentiasa ingin no. 1, heheh.
'Mithali, sejati, anggun, suci dan murni' .. You guna perkataan power, I like!


AA
Betul tu. Ada bendanya kita masak based on our own cara dan selera. Tul tak? Orang lain masak waima hubby sendiri, mesti berbeza.

Mama said...

CS... U mengembalikan nostalgia I. Sebelum kahwin dulu I pun pernah britau anjer yg I tak pandai masak. Dia kata takpe... kita makan kat kedai. I pun tersuka.... Tp bila dh kahwin... hmmm... terpaksa masak sampailah hari ini kekdahnya ....
Sbb kita mithali, suci, anggun, murni & sejati!

CS said...

Mama
Cutelah bila you sebut 'kekdahnya', hehe. Pasal masak memasak nih kan, sejak I mula kawin my Ngah dah 'saiko' minda I. Dia kata 'you will be cooking for the rest of your life my dear'. Hadoii.. masa tu rasa cam tercucuk sembilu didada leperku namun I sahut cabarannya. I masih berdiri tegak (alhamdulillah).
P/S: Syukur juga anjer you tak cerewet bab makan, kan??