Tuesday 31 August 2010

20 Ramadhan ...

T dah merengek suruh temankan ke AM nak beli buku. Dapat harga murah kalau beli buku kat situ. AM tu jauhlah juga wpun masih dalam PJ. Samada T atau I sendiri yang drive, I tetap tak suka sebab terpaksa lalu FedHiway. Tension I!

Besar tapak tangan niru I tadahkan bila TB offer nak pergi sama, alhamdulillah. Kebetulan dia cuti sehari ada urusan diSA dan nak balas tidor tentunya (sebab lewat balik dari rumah Ngah malam sebelumnya).

Kita bergerak lepas Zohor. Sampai destinasi hujan turun dengan lebatnya diiringi halilintar seakan2 mau membelah bumi. Gerun I dibuatnya. Turunkan T dulu sementara nak park kereta tapi dah hujan lebat gila maka duduklah kita berdua2an dalam kereta menanti hujan reda. TB sempat had 40 winks manakala I mengira jari setiap kali LRT lalu atas kepala. Nun disana terpampang iklan AnW sebesar alam... ishhh.. buat meleleh air liur orang aje..

I beri T masa sejam untuk selesaikan misinya tapi 1/2 jam kemudian bila hujan renyai, TB n I berlari2 anak kijang masuk ke AM.

Hasilnya?? T beli 2 buah buku dan sepasang baju kebaya maroon, auwww. T tanya "Umi tak nak beli jubah ke"? Sigh.. if only that jubah selesa dipakai dan tak nampak cam I preg 9 bulan, I'd consider. Tapi tau punyalah, dah dapat gambarkan how awful I'd look.


Dari AM terus ke bazar Sec19. Beli juadah berbuka dan bersahur sekali. Meriahlah sket - Beriani daging n cream caramel (TB), mee rebus n 2 pcs akok (mine), k.tiau gor n cempedak gor (T), popia n ayam percik (D). Untuk sahur ada kebab daging/ayam (+leftover ayam percik). Sempat juga masak nasi dan sup kentang/telur nanti tebegik plak makan lauk tak berkuah masa sahur tu. Oh yaa, beli putu bambu dan sata untuk makan berempat, hehe.


Komentar: Mee rebus yang rasanya langsong takde aura mee rebus. I makan 1/8 aje dan selebihnya... tst ajelah. I tak tau sata nih ada yang rona putih dan gelap. Oleh kerana kegelapan ronanya, tekak I tak moh teWima. So now, dalam esbok ada lagi 4 ketui..

9 comments:

CS said...

Salam semua ...

Apa kabar hari nih?? Dah masak ke belum??

Ibu n Abah said...

kak som..
i tak kira gak.. i nak nombor satu tu..

Yat Maria said...

Cik Som..

tersenyum simpul ai berimagine u & TB lari2 anak kijang betul ker...berlari2 anak kijang or is it more of a berlompat kijang Cik Som..ngeh3x..

lagi ada 2 perkara lagi yg menarik perhatian ai..dua2 are four-letter word..ai jakun tak pernah makan and wonder how's the taste..

AB said...

elokler poser 30 hari je... lepas tu takmo tunjuk gambo makanan lagi ek ciksom...tunjuklah gambo tangga ke... penyidai baju ke.. pintu bilik ke...

azieazah said...

Dah lama sangat tak makan Sata. I sukerrrr...

Tapi kalu U pun takleh perabih, I pun fikir 2x niii..

samada nak pegi cari, atau nak pegi hendap esbok U selongkar Sata yang tak abih tuh.
Harharhar!

CS said...

Salam semua ...

Akak
Number satu untuk yang kertu, cam I, heheh.


Yat
Kitorang lari2 anak kijang; tak leh lompat2 nanti bergegar bumi, har3. You tak pernah makan sata and putu (bamboo) ke?? Rasa sata lbh kurang cam solok ikan.


AB
Nape tak moh tengok gambar2 makanan? yeah, I know, I know .. you tak moh I kalahkan Dapur Tanpa Sempadan kan?? Har3 .. (takpe CMG will give way to me sementelah kami satu bendera, auww).


Azie
1st time makan sata, my komen was "owh, rasa ikan n pedas2 rupanya". 2nd time "rasa ikan tapi tak pedas, biaser jer"; 3rd time I tengok jer my amoi makan. Rona dia tak menarik perhatian my tonsil.
4 ketui tu dah dibawak balik dek amoi ke kolej kejap tadi, hehe..

Yat Maria said...

CS

putu bamboo pernah makan..yg lagi stu..akok??? apa tu?

PatinPasta said...

Cik Som,
Nampak gaya time bulan posa nih, tuan rumah makin susut, esbok lak makin berisi ye..

CS said...

Yat
Akok berasal dari Kelantan; rasa dan rupa seakan2 kuih bakar. Banyak guna telur itik.


Aida
Kah3 ... tapi takat benda2 hanyir eg ikan or ayam or daging yang tak habis dimakan, I dgn senang ati sedekahkan kat stray cats belakang rumah.