Sunday 8 August 2010

Hari yang suam2 rajin ...

Hari nih best sebab basuh baju satu load aje. Since satu load aje, mulalah tak berapa rajin nak sidai cepat2. Si Nasio dah memekik2 hantar signal 'teet teet', bitau dia dah siap buat kerja dialah konon. Eleh dia tu, kalau I tak tekan butang kat dada dia, boleh ke dia 'teet teet'? Tu pun kekadang dia berkira nak tolong I. Mintak tolong dia sidaikan baju dia sanggup kata"NTBL". Saper yang ajar dia cakap gitu? Mesti Ndja ...

Baju dah siap disepin pukul 7.30 pagi lagi tapi siap disidai pukul 2 petang. Tak sampai setengah jam tersidai, hujan pun turun tisstisstiss. Alhamdulillah.. don't ever2 merungut, sabarr. I pun relocate my baju2 kerumah Ndja sebab kat sana ada shade.

Gambar atas adalah basuhan jiran sebelah rumah. Dulu ada 2 maid of honor, sekarang tinggal sorang aje. Meriah betul baju bajan diorang hingga melimpah ruah ke pagar sebelah rumah I mentang2lah pagar tu boss dia yang dirikan. Maid guna 2 tempat penyidai mobile tapi masih tak cukup juga. Dah memang part of t'jawab maid membasuh baju maka pagi2 lagi kain baju dan mcm2 ada dah siap tersidai. Kadang2 baju yang dijemur dah kering dan garing barulah kain baju I melihat sang mentari, har3.

Pagi tadi konon nak buat breakfast untuk TB n D sebab ada nasi lebih (kebetulan malam semalam santap dirumah jiran sebab ada majlis tahlil), nak masak simple nasi gor aje tapi sebelum selesai sediakan bahan2nya, I tergedik menuju kepantry. Capai sepeket pulut hitam, tetiba naik semangat pulut dalam diri pulak.

Why why why? (pulut hitam tanya nape dia hitam)

Cantik ek dengan penataan cahaya hp cam ayam "kokkokok..kokkk"

Pulut hitam dibersih dan direbus. Ini adalah cobaan kedua seumur hidup. Dont try this at home. I dah bayangkan slurping the bubur pulut hitam (BPH) done my way and to my liking; ala2 pekat, lemak dan manis.

Sebenarnya I tak pasti camana masak BPH nih. I malas nak tanya sesiapa dan malas check internet. Mula2 basuh bersih -> rebus hingga empuk -> masukkan gula -> rebus hingga pekat (guna api kecik). Gitu ke cara memasaknya?? Atau ... air rebusan pertama pulut harus dibuang dan diganti baru pastu masa bubur dah agak pekat, kena campur dengan santan cair. Macam tu ke tapi dua2 cara tu I tak buat.


Hari nih gaya pemakanan berbeza dari hari biasa sebab I bermula dengan dessert dulu. BPH tak dimakan dengan santan tapi dimakan dengan susu segar (+secubit garam). Baru tidak memberi bekas (so said Mak) maka rasa BPH dimakan dengan santan atau susu .. <> sama saja.


Kesian TB. Breakfast yang sepatutnya dapat awal pagi tetiba jadi lunch pulak, hehe. Pastu I pelawa TB my BPH, dia kata "nak sikit dulu" (tak percaya bini dia reti masak kot?). Ok I patuh... memang sikitlah I bubuh dalam mangkok, pastu kaan... pastu dengan malu2 kucing dia kata apa taw? "sedap!" seraya meminta "nak lagi sikit". Sambil menonong kedapur, I dah tak rasa kaki nih memijak bumi .. I dah rasa terbang diawang2an (dah kembang semangkok dek pujian yang sekelumit tu, kekdahnya).

Kalaulah Mak n Bak ada, mesti diorang suker anak dara yang nih dah pandai masak bubur pulut hitam (the bubur which I menciii so much then).

Alahai, kenot write samorlah. Saya teringat akan itu BPH, maka saya mahu BPH itu sekarang jugaaaaak!

15 comments:

Lili said...

Dasat....I nombor wan lagik...

Belom baca pun saja booked tempat ni! Ha Ha Ha!

Lili said...

CS,

Cerita ni abis ke tak? Mana nasi gor nya? Jadi buat ke tak? Hehe!

Biasa makan tak bubur PH Thai-style? Huh, terangkat babe! Letak inti kelapa and santan pekat... Adus...tististis air liur! Muahaha!!

ahkakbatik said...

oooo pulut itam ka... hengat gambo kopi o dan kopi susu...har3x..

AB sker makan pulut itam ka, bubuq kacang ka... masuk mangkuk, tuang susu pekat....nyammmm... maneh cemana pun, nak letak jugak susu.

oleh sebab itu pulut itam takyah letak kicap kan? heh.... bolehlah AB buat kat sini bukak poser kang...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

nak tengok sangat rupa pokok pulut hitam tu.. camnelah gayanya..


pulut itam tu kira one of kitanya peberet tau..

walaupun abi tak brp suka dessert bagai...kita tak pedulik..buat jugak..hehe

Ibu n Abah said...

kak som...
sempena nak masuk ramadhan... i nak semangkuk BPH....
lili...
mana achi main chop tempat.....
ini sudah foul.... (hihihihihi-dah berminggu-minggu tak dapat nombor satu...)

3E said...

Aunty Som...
Masak BPH tu practise untuk Ramadhan ker? Happy and good for you....
anyway, to Aunty Som yang sweet 7 family....selamat menjalani ibadah puasa di Ramadhan yang akan datang ni...:-))

kak ja said...

BPH tu my pebret sejak azali tau.. Lahir2 je, terus disuap BPH.. I kata kat Mak, aisaymann Mak, kasi nenen dululah.. (nampak sgt klentong, kan?)

Psssttt!! KS, NTBL tu wat enimel?

My word veri: natoya.. Dia sj nak remind I suruh ajak TK pi Nagoya (textiles) besok agaknya..

Rima said...

Mintak satu mangkuk... pleaseeeeeeeeeee hehe

FaAtip said...

1. rajin you masak2 bubur.
2. my peberet tuh!
3. I pun suka tangguh sidai kain.
4. dulu, kat rumah lama, I selalu berebut pagar nak sidai kain. hehe...kain still dalam washing machine, tapi dah booking dulu, sangkut lapik kaki, sangkut tualaaaa..
5. I sidai baju kat verandah (bhg belakang rumah) so, no blem, nak sidai malam? nak sidai petang? nak sidai subuh?
6. psstt...dapur i tak berasap la you...I dilanda kemalasan yang amat sangat semenjak dua menjak ni..bila time dekat nak makan, I akan buat muka ceria dan beriya2 mengesyorkan kat hubby I, **jom kita gi makan tu, nak?**hehe

CS said...

Salam semua ...

lili
Siapa2 selalu dapat tempat 1st, dia kena belanja tuan rumah makan kambeng golex.
Cerita dah habis; nasi goreng pun dah disajikan.. refer 3rd para from bottom.
Tak pernah makan PH yang you maksudkan tapi I terliur juga bila Chef Wan n tetamu masak pulut hitam dengan longan kering. Tak silap tu juga cara masakan Thai.


AB
Tengoklah esok lusa nanti, gambar2 yang ditampal will look sharper and crispier sbb I tak guna hp cam ayam serama lagi, Tungguuuu...
BTW, kat sana ada jual susu pekat tak??


azrina
Pokok pulut hitam serupa pokok padi kot? Mestilah kan? Baru skrng I minat BPH; masa muda2 dulu 'anti'.


Akak
U nak semangkok BPH? Nah separuh mangkok untuk you sebab you dah lama tak dpt nombor satu.


3E
Bukan praktis kerana bulan Ramadan tapi pulut hitam tu akan rosak kalau I tak bertindak segera. Setan suka membazirkan? Selamat berpuasa untuk you dan 3E.


Ja
Apa you beli kat Nagoya?? Langsir ke?? Niway, makna NTBL ialah no time bo layan.. sejenis species serupa mawas. You pernah dengar nama mawas cam tu tak?


Rima
It's my pleasurrrre tapi boleh tak kita buat barter trade? heehe..
melampau I.


Fa
1. rajin sket
2. ya ke?
3. kita tak tangguh menyidai tapi kita kasi mentari berihat sebab cuaca panas ... (boleh?)
4. kesian pagar jadi target
5. I takde verandah tapi I ada shaded porch (belongs to jiran next door; she aint heavy, she's my sista, hehe.
6. Kita serupa tapi I buat gitu bila TB cuti. Hari2 lain, I masak just like 'verld chef' from Tonga, har3.

ahkakbatik said...

cik som..
sini susu takyah eksen aaaa....
susu pekat, cair, separuh cair, separuh pekat sumer ado...

Lee said...

Hi, you very rajin, ya. Only one load? Boleh tumpang next day, ha ha.
Have a nice day, Lee.

CS said...

AB
Banyak bagus itu macam sbb kat benua Eropah takde jual, tulah I tanya (adakah I buat bid'ah? hehehe tapi katanya kat Glasgow mmg xde).


Lee
When I am rajin, I have 1 load. When I'm not, I have several. Does it make sense? Yup, yup, yup. Have a nice day two, 3, 4 and fiveee.. hehe.

PatinPasta said...

Cik Som,

Nak geng dengan Cik Som la kalo dalam bab2 sidai kain nih sebab saya pon sama jugak kekdahnye.

* nak tulung jawab bab masak pulut hitam, tapi seumor hidup tak penah buat.. so tulung tengok jek la ye :D

CS said...

Aida
Sekali sekala dan beberapa kala kena gak melawan arus. Takat satu load diperap dlm WM hingga petang, ok whaaat, kan?

re: pulut hitam, timakasih sbb perihatin of my SOS. Tahun depan, I cuba lagi dgn cara lain plak :-)