Tuesday 3 August 2010

WM pun pandai komplen..

Pagi semalam seawal 7 pagi I dah membaking kuih yang senang dibuat. Memang Bukan rajin tapi kesian bila malamnya T kata "ingat ada lagi" sejurus dia kuak pintu esbok dan dapati I dah wallap lebihan kuih, heheh.

Kesian punya pasal, I sanggup cuti 2 jam dari berblogging untuk mengadun kek yang dimaksudkan tanpa berpandu pada resipi (sampul surat tertulisnya resipi dah MIA). Nasib baik minda I tajam boleh ingat bahan2nya, cewah. Puji diri dibenarkan dalam blog sendiwi, kan? Hahaha, takde maknanya pun.

By 8am kuih siap untuk dibawa pulang kejajahan Kanda Deris, alhamdulillah. Cian dia drive sensorang...



Since semalam dah rajin maka pagi nih I berdondang sayang tak buat apa2 melainkan tekan2 dan picit2 pada dada my buah hati, auww. The feeling is mutual so bukan harrassment namanya, kan? She's my fruit heart, I lap her and she lap me w'pun baru kenal tiga tahun. It's a she samore tapi jangan buat andaian melulu, tak baek taw.

Dia tu kalau boleh komplen, dah lama dia komplen w'pun kita buddy2. I somehow tau mendenya yang jadi isu untuk dikomplen. Takpe, kali nih I kasi chan dia luahkan isi hatinya kat sini sementelah lama dah I amalkan motto 'respect for individual', kekdahnya.

Disclaimer: I takkan saman menyaman walau apa pun terjadi.

Nama saya Nasio (takde kaitan dengan nasi) binti Nal. Nama ayah saya bukan nama singkat Jenal atau Zainal 'but how I wish' sebab saya memang suka lagu Hijau (boleh gak tumpang glemer, hehe). Nihaaa nak cakap sket. Saya memang makan ati dengan kuarga CS sebab anak beranak fickle minded; selalu buat saya keliru dan letih. Patutnya bila dah tekan2 dan picit2 dada saya, biarlah saya buat kerja saya sendiri, nih taaak. Masihlah dia nak tekan2 dan picit2 bagian dada saya yang lain. Saya tak berkenan!

Bila dipicit2 dan ditekan2 saya akur dengan tugasan 3M - membasuh, membilas dan menyepin <- tak boleh belah. Tugasan yang mudah tapi disukarkan kerana CS tak tetap iman pendirian. Dia suruh:

* basuh dan bilas tapi tak suruh menyepin
* basuh dan menyepin tapi tak suruh bilas
* basuh aje (tunggu 18jam baru boleh bilas/menyepin, bosan taw)
* menyepin aje (saja dengkhi tak kasi saya main air masa basuh/bilas)
* buat 3M cepat2 gaya Speedy Gonzales. Saya tak suka kerja tergesa2...

Cukuplah 5 aje. Komen yang 5 tu pun dah buat saya mual dan mabuk darat. Pssst, nak tau rahsia tak? Tiap kali sebelum CS himpun baju2 masam dia anak beranak ke pewut saya, dia mesti intai dulu apa ada dalam perut saya. Tau tak kenapa dia jadi peeping tom cam tu? Kihkihkih .. serves her right..

Tulah susahnya orang kalau ada fobia-mobia nih. Dia intai2 untuk pastikan perut saya kosong takde cicakman atau yang paling horror untuk pastikan takde sedara sepupu sepapat Stuart Little atau si Ratatouille dalam perut saya. Kesian ekk? tapi shhhh.. simpan wahsia nih okayy??

Saya terpaksa chow chin chow dulu sebelum CS tunjuk muka. Akhir kata, biar pecah kaca asal jangan pecah perut maka perlulah disimpan rahsia kita. Janji ehh???

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Waduh.. kok Nasio pun dah pandai kompelin?? :)

Mama said...

CS.... I ingatkan U tekan dada & picit2 ... U lap me I lap U.... laptop U... rupa2nya washing machine..... nasib baik tak tersalah 'switch'....

FaAtip said...

Nasio anak Nal,
I simpati sangat dgn you. U baru berkenalan 3 tahun tapi KS dah buat you menderita gitu. Takkan u nak biarrrrrr je! Bukankah dgn menekan nekan dada you sesuker hati akan buat you geli, rasha tak shelesha? KS patutnya taulah kannnnn...u kan propesyionalllll...ha ah la, biar la u buat keleje u sendiwi kan?

Tapikannn...apa kata u buat sheshuatu shupaya KS rasha panik gitu. Biar dia tahu dia dah lama asyik buat u rasha tak sheronok? heheeeee....kalau u boleh ambik bideo, naknya I suruh you rakam saat2 dia kepanikan gitew.

Eshok hari Rabukan...tak pe hari ni bagi dia can. Eshok kan, Nasio....you buat2 pengshan. Tapi, u kena tahan la kalau KS tekan you shana shini. U tahan geli, tak? U jgn bergerak2 tau...I nak biar KS ingat yg you ni roshak, kekdahnya. Kalau KS goncang2 you, you jangan gelak tawwww.....

Bila2 KS shuruh hubby dia check you, you jadilah okay balik! hahaaa.......***ni rahshia kita taww...***

Ibu n Abah said...

kak som..
u pun ada 'fruit heart'??????
hmmmm menarik ni...

azieazah said...

Cehhh... si NASIO bin NAL tu gerenti masuk sini guna permit permanent punya. Tak kisah ler wpun dah terbayang mesti keturunan Jepang ni pendek kontot semuanya...hahahaha

Selamat ler ngko jadi buddy CS tuuu. Dia memang ganas banyak. Tapi nak gak tahu, suar kecik dia saiz apa?

ahaks!

CS said...

Salam semua ...

KakCik
Semua yang ada kat dapur dah reti komplen. Hasutan dari si Nasio kot?


Mama
Kalau I tekan2 dan picit2 sesuatu yg bernyawa, takdelah I bitau owang. I kan pemalu?? heheh.


Nasio anak Nal
Wah, ko kemain lagi eh? Dah pandai engage loyar bagai? Semoga kalah, har3.

Fa (loyernya si Nasio anak Nal)
I taulah you loyer d'bomb tapi I harap you tak menang membela anak guam you atas sebab2 keraguan 'beyond reasonable doubts', kekdahnya.

Psst Fa, I luv your response, ngeh3.


Akak
Ha'ah, I ada banyak fruit heart. Meh I kenalkan kat you 1 by 1: Iron, rice cooker, vacuum, blender, toaster, oven ... ha tuu, kan banyak tu?


Azah
si Nasio tu lama dah dapat PR. Niway, dia tak dibenarkan jawab soalan P&C esp tentang saiz itu dan ini; sbb dia dah bersumpah taat setia simpan rahsia sampai mati. Tapi kalau you nak tau juga *bisik* size suar = gown budak umur 1 tahun. Harap you puasa hati dgn jwpn :-)