Monday, 16 August 2010

5 & 6 Ramadhan ... menjala

4 hari pertama puasa I cam sopan aje. Takde desas desus nak terjah mana2 bazar Ramadan langsong (hehe, boleh percaya ke?) namun sebaik aje TB cuti, keinginan tetiba datang menyerang dengan sendirinya. Memang dah rancang bazar mana kita nak lawat dan lebih kurang tau apa yang nak dibeli.

Hati dah berbunga2 dan terbayang lontong kering yang ada rendang, kuah kacang dan sambal goreng. Tak salah kalau tambah 1 bekas bubur lambuk. Manisannya I nak buat sendiri, apa lagi kalau bukan lempeng pithang!

TB keluar merayap dulu nak cari 'baju raya' untuk hp barunya (komain dia tu ehh.. nasib baik hp lama dia wariskan kat I, kalau tak memang dah cadang nak mogok takmoh beli baju raya. TB sensitip bila I tak beli baju raya) dan pesan banyak kali suruh I siap by 4.30. Kita merancang tapi Allah menentukan maka turunlah hujan dengan lebatnya ...

Teringat kejadian ribut topan kat Jasin tu, I cepat2 kensel niat dihati. I tau I berat tapi kalau dah namanya topan, terangkat juga gua beb.. tetiba tersangkut atas pokok Flaming of the Forest.. Siapa sanggup tengok I cenggitu? Tak sanggup kaaanz?

Ishh.. enuf of that merepek!


Selera orang puasa nak makan roti jala cicah dengan kari ayam. Dah selera sendiri maka sendirilah buat. Cepat juga siapnya dengan pemanis mulut tak lain tak bukan lempeng pithang. Seronok benar bila dengar komentar bernas dari T "puasa tahun depan Umi jual roti jala" ... "apsal?" ... "kari Umi sedap" ... "T nak tolong jual ke?" ... "taklah.. ajak D". Whatlaa...

Semenjak TB punya laptop dah berhijrah kebawah (untuk kesenangan I juga), I tak bolehlah sesuka hati melawan boss bila dia sedang on-line. Sampai tertidur dan mengigau duk tunggu giliran I. Al-kisah rupanya dia cuba 'baiki' blutut. Tak paham kenapa my hp tak boleh transfer gambar kat laptop dia walhal dah macam2 cara dia buat.

Pasal ngigau tu, boleh pulak dalam bulan puasa I ngigau hantu dan I tumbuk2 hantu tu tak kasi chan, har3. Sayup2 dengar T memanggil "Miii .. bangun... Umi tumbuk apa tu?". Teruslah tersedar ...

4.30pagi: Sahur dengan 4 lauk (kih3 jangan memain)... lebihan kari ayam masih ada (phewh, nasib baik) so I goreng ikan dan masak sup sayur+tauhu+so'ohn. Lauk keempat (nak kira 4 juga) ialah ikan bilis (ntah kurun keberapa punya..).

16 comments:

Ibu n Abah said...

Chop..chop..
Wan Mah dapat tempat pertama...

Ibu n Abah said...

kak som..
i wasa macam kena lotewi bila ada 3 entry turut-turut dari u...
bahagianya....
teringat kisah kat jasin.. i pun takut juga nak ke PaRam... kalau u kata u berat.. i rasa i pun berat jugak... takut jugak kan... terangkat entah kemana.... kalau dia angkat dan letak balik baik-baik macam superman... takper jugak.. ini.. main hempok jer kat mana-mana longkang ker.. tiang ker... naya...

Tie said...

Wah... rajin betul menjala, ekk. Kita dah lama tak menjala ni, takut terjangkit la pulak!!

azieazah said...

SOM (ntah kenapa AKAK panggey Kak SOM? ni yg musykil nihhh),

kalu U rasa U berat pun leh terbang jika kena topan, I tingin nak test market ke"berat"an ni, gamoknya leh tersangkut kat pokok jugak tak?

Lauk 4 tu kira terer tuh. Pastu gigih menjala wpun sekor ikan pun haram tak dapat-dapat.

hikhikhikhik!

fa*atip said...

eh, afasal tetibe entry you ni bederet2 ni...lenguh I baca 3 entri sekaligus!

Hubby and I dah berjanji sehati sejiwa sepakat tak nak fegi fasar ramadhan. :D

Uncle Lee said...

Hi Somuffins, I love roti jala makan with curry ikan or ayam. Sedpap best tu.
Second time I see in a blog about roti jala. Another lady too made it.....

You have a pleasant bulan puasa, keep well, Lee.

somuffins said...

Salam...

WanMah, tahniah.. You pecut baik punya, heheh.
3 entries sekali gus.. oh well. Simpan lama dlm draft, kekdahnya. Terasa juga orang boring nak baca panjang2 tapi dah blog sendiwi, siapa berani nak marah?? kahkahkah.. Apa pun, timakasih you sudi baca.


Tie
Menjala jenis nih kurang bahaya, kih3. Takde ribut topan dan takde ombak besar. Yang ada hanyalah lelehan peluh kita waktu menjala.


AA
Bila you campur tolak darab bahagi maka ketahuilah you bahawasanya I nih warga keemas2an. Tapi it's ok kalau sesiapa nak panggil I Som atau KakSom afterall age is just a number, kan?? Tapi kalau you panggil I aunty Som, I pasti tutup blog nih, harharhar..


Fa
Bulan Ramadhan nih I nak jadi dermawan tu sebab 3 entry dilepaskan sekali gus(dor), keh3.
You n Atip mogok bazar Ramadhan? Jgn gitu Fa, kesian diorang tu nak juga menjamah $ you..


Hi Lee
Perhaps you might want to ask your beloved wife to try on making roti jala?? You can get the recipe from internet. Good luck n have a nice day :-)

Aida Rezuan said...

Cik Som,

Hehe.. nasib baik tak ditumbuk orang terdekat time tuh ye.

* fewit! saya pon buat roti jala gak, 1st day posa hari tuh :)

Yat Maria said...

Cik Som

Tak leh imagine ngigau sampai tumbuk2 antooo...kahkahkah!!!

Nak gak kita spa muka ngan jala weekend ni..tapi mcm dah agak tak dpt gitewww..huwaaaaa

somuffins said...

Aida
Insyaallah takde saper bermata lebam dek aksi 'tumbuk2 angin' tu sebab masa baby dulu dengan gigih I dibedungkan, har3.
You terdulu menjala dari I nampaknya. Jala cara nih tak dilambung ombak; tu yg best, kan?


Yat
Kalau takde 'alibi' masa aksi tumbuk2 angin malam tu, sumpah I tak percaya I buat cenggitu, kih3.
BTW, nape takleh gi spa menjala muka?? Ada hal lain ke??

en_me said...

rajinnyerrr.. ihihi

somuffins said...

en_me
selalunya cam tulah (terpaksa mengaku)

PUTUBAMBU said...

ish..ish sedapnya...! rajin betul ye

kita pun suka roti jala tau..

somuffins said...

PB
Kadang2 rajin tapi selalunya kita kurang rajin. Tapi bila dah sepinggan penuh ada atas meja, perasaan tu cam dapat emas sebungkal :-)

Mama said...

CS.... I tak leh nak komen... sbb mata dh berair ni & sdg tergolek2 ...kelakar.

I bayangkan U tersangkut atas Flame of the Forest & I tunggu kat bwh suruh U turun! ha ha ha

somuffins said...

Mama
kih3 .. I plak bayangkan you tunggu I kat bawah dengan membentangkan toto 3 lapis kat tanah, kahkahkah. Apa pun, I tak nak take the risk, pls call 911 for me.. Tq in advance, muah!