Apa I buat dengan masa terluang tu? Haaa, I pun duk tinjau2 my 'things to do list'. List yang kian memanjang dengan aktiviti yang perlu dibuat tapi bukan dalam kategori urgent. Sementelah tak urgent maka semua aktiviti I hentam KIV/Pending aje. Bagus punya manusia I ni kan? Dalam 5 hari tu banyak juga benda yang disetelkan (of course with Santi's help, my bi-monthly assistant).
Mula2 I kemas kabinet cum pantry. Kebanyakan barang2 dapat penempatan baru. Ada barang dari tingkat 2 turun ketingkat 4, dari tingkat 4 naik dua tangga keatas (haha, bunyinya macam carta lagu2 Era nih). Kabinet tu ada empat tingkat so tingkat pertama bermula dari siling (kot2 ada yg gagal membayangkan tingkat 4 bermula dari atas atau bawah, hehe). Nak capai benda2 kat tingkat 2 tu pun terpaksa terjingkit2 almaklumlah ... structure of the body tak berapa mengizinkan.. (tapi I tak ketot taw..).
Kabinet simpan segala manikam boleh dijadikan pantry juga? Shhh.. tau2 ajelah T tu .. sengaja simpan titbits/snacks dia kat situ dengan satu tujuan ... Al-kisah, kadang2 dapur I ada wolf sesat yang tetiba teruja dengan titbits/snacks T punya.. Hadoiii... boleh jadi perang sabil taw.. U sanggup ke?
Kenapa kotak kosong ni masih disimpan? Ingatkan 3 rupa2nya ada 4! Kotak yang dah kosong masih disimpan, whatever for T???
Kabinet tu berjiran dengan my real pantry so terpaksalah kemas juga. Takut juga I tengok apa yang ada dalam pantry tu.. Ada rempah sup Faizaa yang dah lapuk aka hapak dan 2 tin kecik Ghee yang dah expired (gara2 nak buat biskut Arablah nih). Cukuplah tu, tak bagus terover bukak pekung didada sendiri, kan? I perlu bertaubat hindari pembaziran..
Bila kabinet dan pantry dah kelihatan sejuk mata memandang, tiap kali kedapur, I akan bukak kedua2 pintu ni .. tengok atas bawah, kiri kanan - the feeling is beyond words, rasa puas dan hepi giler dengan kerajinan diri sendiri .. heheh. Bukan senang nak mintak anak2/hubby sentiasa ikut kehendak kita ie pulangkan semula barang yang diambil ketempat asal, kan? (am I not hinting something here?).
Last projek, buang segala jenis surat dari bank dll, bil letrik/air dan resit2 supermarket sejak tahun 2002 (tahun 2000 pun ada, kih3). Ni baru fasa pertama.
Takkan nak tunggu broadband buat hal lagi baru I berkobar2 mengemas harta karun semua tu? Tapi dah banyak yang dibuang, dah kurang karun tu ...
2 comments:
Oh akak kita ni orang Tingkat 4 rupanya. Mesti kamceng ngan KJ ni.. he he.
Heheh, kamceng gaklah (but dont ask how kamceng, sebab mana ada?). But Dicken, isnt he dashhhhing??
Post a Comment