Thursday, 26 March 2009

Pemesin rumput 1.1

Tot sedang bertafakur depan rumput yang panjang

My gate karat mesti kena ketuk tak henti2 bila rumput mula panjang kat garden yang sekangkang kera tu. Pekerja Bangla buat freelancing mesin rumput punya kerjalah tu. Kadang2 I diam menikus aje dalam rumah, malas nak layan.. Kadang2 I intai aje dari celah2 langsir. Sengaja tak nak tunjuk muka, panjang ceritanya nanti tapi kalau si Hasan, bolehlah jengah kejap (tapi tak mesti setuju potong rumput).

Selalunya diorang datang salah time tambahan pulak kalau masa tu I tengah bizi berkarya, mana boleh tinggalkan cam tu aje? Nanti takde kesinambungan tak bestlah kan? Kita para bloggers (cewah) mesti berkarya tanpa gangguan, keadaan mesti tenang dan condusive supaya jus kreatip mengalir laju.

Ada sorang tu, naik seram pulak bila dengar suara dia. Tak terang sebutannya tapi boleh tau apa dia nak. Tune suara tu seakan2 suara ustaz dalam TV bila menyeru "wahhaai.. orang2 beriman, sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Haa, meremang tak bulu roma you all?? Meremang? SAH, you all dapat menjiwai watak :-) heheh.

Pagi tadi terima sms dari jejaka Bangla terakhir "Kaka siya hasan harny may potong rumput". Wah! dah pandai bersms pulak dia nih walhal semalam baru kata "datang minggu depan". Agaknya biznes mesin rumput ni very competitive, tulah dia nak rebut peluang. Memang Hasan aje pemesin rumput yang I panggil selama nih selepas Nabil aka Rithik balik kampong. Apsal Hasan tak sabar?

STOP KEJAP tengok SPA Q (tengok last episode aje.. )
Watch half-way. Takde feeling tengok Spa Q sebab memang tak follow dari mula.

Sampai disini dulu, tak larat dah nak sambong kisah pemesin rumput tu lagi. Kalau nak sambung mau makan 2-3 hari so I selamatkan you all dari bebanan itu..

Malam ni malam Jumaat kan? Haa.. harus baca Yasin dan lebihkan doa...

Salam ... 7.00pm

2 comments:

CL said...

Cik Som.. depan flat wa ada 2 baris kedai.. atas kedai, ada 2 tingkat lot kedai yg boleh buat ofis. baris yg menghadap flat wa, ada bangla duduk in few units (dlm 6 unit atas bawah). diorg keje kilang. bila hari cuti, nampak la bangla2 ni dok bersidai skodeng flat kami yg tak berapa nak cun tuu..

this week baru wa perasan yg jumlah bangla2 tu dah susut. wa curious, adakah mereka balik bangla, atau merayau carik keje lain spt memotong rumput? :-)))) tapikan, lately, bbrp kali pi KLIA, bbrp kali jugak wa nampak bangla berderet2 baru sampai nak kerja... sapa leh explain?

ps: chef kimora pon nama hassan jugak.... :-)

CS said...

CikLina, 1st of all, wa sker Kimora. I think dia telus dan ada prinsip 'I pedulik apa' in a good way tak macam.....ooops! (katop mulut). Chef Hassan cute ekk??
Soalan cepumas, sapa leh explain?? Nampaknya kena guna jasa baik Oprah sekali lagi nih..kah3.