Monday 30 August 2010

(remnants of) 19 Ramadhan .. JJBP

Kesian dengan nasib washing machine dan vacuum cleaner. Diorang pandai bersihkan nih, bersihkan tu tapi terlepas pandang untuk bersihkan diri sendiri. Kesian ek?

Barulah rasa puas hati dan yakin dengan segala basuhan yang keluar dari washing machine tu terlebih bersih dan suci dan wangi dari hari2 sebelumnya. Nasib baik selut aje yang ada; kalaulah ada saki baki tulang temulang dan tengkorak cicak yang terselit kat situ, haishhhh.... Mau aje I beli yang baru (stetmen lepas geram), heheh.

Selama nih I tak tau skru tu boleh dilonggarkan untuk bersih2kan tempat 'selut' tu. Ada sesiapa yang rajin, pernah buat kerja tu tak??


Kipas wm yang banyak berjasa

Tempat pembiakan 'swamp thing'


The best lepat pisang ever!


Long's cream caramel - thedap!
.
Manis macaam ...... I? BBPJ

Majlis berbuka puasa kat rumah Ngah berakhir dengan perut buncit perasaan seronok macam dah raya tapi dulu kata tak suka raya ek?, haha..

Batalkan puasa dengan air sirap bandung bersoda dan kurma, solat Maghrib dulu pastu barulah bateri dicaj full swing. By 9.30pm solat Isyakdan solat Terawih pun selesai. Sebak dihati bila dengar A berkamat. Cucu Bak tu, Bak mesti suka.. Bertambah sebak dengan doa yang dibaca oleh Imam (yang manis tu, auwww).

Hidangan juadah melebihi had meja, macam2 ada. Pemanis mulut.. lepat ubi/pithang, cream caramel, lengkong santan, akok, lempeng pithang, kek coklat, kuih kusui, tapai, buah2an dan biskut raya (nak enterfrem jugak dia nih, ishh).

Lauk2nya: nangka/babat masak lemak, daging kicap, ikan bakar, samtum udang, sambal gor, udang/ayam gor, sayur kailan/kangkong/peria dan ikan masin.

I terpesona dengan semua lauk2 tu namun untuk menjaga keharmonian lelemak yang ada, I amalkan sikap ala kadar semasa penuhkan pinggan *bbplb*.

Alhamdulillah dapat tapau 3 lauk untuk sahur dan seplastik lepat pithang, heheh. Macam tau2 aje kita tak masak dan esbok kita kothong. Love you Ngah. May Allah bless you and family.

Last year JJBP

8 comments:

CS said...

Salam semua ..


Heheh...TRGK ...

FaAtip said...

I tetap kira nombor satu...sebab tuan rumah tak masuk book!!! hehehee

kucingorengemok said...

agak² hayat wm memang 5 tahun kot? kita orang punya pun kong after 5 years. bukan kes swamp thing, tapi kes air memancut². macam mana entah.

Ibu n Abah said...

Tuan tanah...
Tetamu...
Kucing....
Saya dapat tempat keempat pun tak per lagiii....
Masih memikirkan kepada saya tak dapat tempat pertama????

Mama said...

Salam CS.... meriahnya menu Ngah.. semuanya best best... kali ni TB dh tak sesat sbb baru je kahwin anak Ngah ... masih ingat jalan

CS said...

Salam semua dari TRGK (tuan rumah gila kuasa)...

Fa
Yes, you tetap no. 1 ditapak no 2, hehe.


KOG
I dah guna 2 wm sebelum si swamp thing tu; dan dua2 wm tu panjang umur, mencakau <> 10 thn.
Your wm memancut2?? WM tu ada built-in air mata air kot?

Akak
Tak kira no. berapa sbb semuanya pertama dihatiku, auww.


Mama
Yess.. kali nih tak sesat langsong sebab co-drebar memainkan peranan penting .. tak terlelap, celik mata, fokus sepanjang perjalanan.

azieazah said...

Seronoknya berbuka puasa makan sakan di rumah orang.

Kalu rumah sendiri, rajin tak masak banyak camtuh? hehehehehe

*Tolong jangan respons, sebab I nak jadi pengomen terakhir. Bleh tuntut hadiah, kan? kan?

CS said...

Azie
Siapa tuan direktor? awak ke saya?? har3..

Memang seronok berbuka puasa makan sakan kat rumah orang esp rumah kakak sendiri. Kalau rumah orang lain, mmg I cari excuse not to go.

Rumah kakak tu ada pembantu keliling pinggang; dan kita juga bawak potluck wpun dilarang. I akur bila kakak kata takyah bawak apa2, ngeh3.

Kalau rumah sendiri nak jamu jemput2 masin pun dah menggeletarr..

BTW, you nak hadiah apa ek?? I sedekahkan you extra Al-Fatihah, boleh ke?