Wednesday, 31 December 2008

Service ...

Dah 3 minggu tak tempuh highway ke Klang/SA. What a relief namun HARI NI terpaksa! Orang yang penakut aje rasa cam nih, orang berani tak heran pun. T suka aje kalau disuruh drive, tapi I pulak nanti yang tak senang duduk asyik berpaut kat tingkap kereta aje. Yes she's capable but a mother is always a mother .. mana boleh jadi father, kan?

Selalunya I guna lane tengah, kekiri jarang kekanan pun jarang.. Guna lane tengah pun at a steady speed 80-105, takat tu aje berani. A few times cuba guna last lane tapi takutlah pulak bila dah laju tu, terasa stereng longgar dan ringan jer. Kereta murah memang cam ni ke? Volvo, Merc, BMW or for that matter MyVi tak rasa cam tu eh? Takpe, namun kesetiaanku tetap bersama j-gua 5544 yang banyak berjasa dan reliable giler (walaupun pada satu malam tu dia mogok tak nak bergerak. Kesian T tak dapat beli cheekang).

Cekodok pisang, chilled Belgian choc latte (cewah), dan Twisties potato chips sedia berkhidmat sebagai teman waktu menunggu yang mungkin membosankan. Boot kereta penuh dgn manikam T such as bantal, penyapu, penyodok habuk, dan lain2. T register nama untuk 2nd sem. Kejap aje dah habis 1st sem. In no time, T kerja, bertunang, bernikah, tup2 Umi dapat cucu. Ish.. pandai aje digress CikSom ni ek? Tapi.. menantu macamana yang I idam2kan?

Selesai register nama dan dapat kunci, barang2 pun diangkut ke bilik. W'pun masih dibangunan yg sama, lokasi bilik jauh sikit dari bilik air dan main entrance. Apa pun syukur sebab masih ditingkat bawah (if not, just imagine siapa yang akan tercungap2 nanti?). Bila T sebok mengemas, menyapu dan mengelap (being an obsessive freak), I pun baring2 sambil melelapkan mata. Diva dah penat drive khan? Biarlah dia berehat kejap untuk kumpul semula tenaga dan kekuatan dalaman..

Sebenarnya ada kecelaruan berlaku semasa register namun kita dipihak minoriti selalunya terpinga2 dibuatnya bila something amiss. Kenapa nama T tidak tersinarai dapat tempat tinggal? T dah hangin sebab dia dah buat yang sepatutnya. Masa mula2 regiser 1st sem pun gitu. I terpaksa turun padang bertanya itu dan ini. It's OK if they think I ni kekwat or asking stupid questions. Even dah ada bukti they are in the wrong, tak sorang pun dari staff sudi ucap maaf. Pendek kata, dengan Uni. dot3 ni kena selalu urut dada. Banyak sangat insiden yang diorang buat tersangat tidak profesional. Mahap cakap.

Selesai disitu, singgah ke Anggerik Mall. Minggu lepas T hantar beberapa helai kain nak buat baju kurung. Tailor Melayu dicadangkan oleh seseorang, so why not cuba lagi pun cajnya murah. Tak juga murah sebab harga sepasang baju kurung tetiba dah naik dari RM37 jadi RM50. W'pun lebih murah dari SJ, tapiiii ... takperlah ..

Dah lebih seminggu kain2 dihantar, satu baju pun tak berjahit let alone dipotong. Made a surprise visit pagi tu .. haa, baru 1 baju dipotong (tu pun sebab dah follow-up hari sebelumnya). Dengan penuh hemah tanpa marah2, ditambah dengan senyuman berbunga2, sebahagian kain diambil balik dan selebihnya ditinggalkan. Tak pasti bila siapnya baju2 tu ..

Terdetik dihati, kenapa sipemberi servis susah sangat nak ucap maaf kerana servis yang tak memuaskan tu? She acts as if "saya tak suruh awak hantar kat sini pun ". Where such service is concerned, I would say 1st impression does count. Kalau dia boleh hargai persahabatan yg dah terjalin (menerusi somebody tu), a brief apology would suffice, just for courtesy sake. Seems like to lose a customer is no big deal to her but doesn't she aspire to extend her account base? Sigh..

Mungkin rezeki yang tertulis untuknya bukan dari sini, rezeki dari sini mungkin untuk Tailor Yus yang selama ni berada depan mata.

Well, that's it. 1st cut is the deepest ... so says Rod Stewart.

6/1 Latest update: On 5/1 SMS the tailor 3 times asking her when can I collect the bajus, but no answer whatsoever

Tuesday, 30 December 2008

Beramah mesra ...

27/12 - A belated majlis beramah mesra bersama jiran sempena raya Aidilfitri telah diadakan di HolVil. Para AJK dan anak2 buah sebulat suara bersetuju. HolVil dipilih kerana dekat dengan tempat tinggal, sewa bilik murah dapat diskaun sebab crony punya pasal - shhh - dan sambutan nampaknya boleh tahan w'pun setiap orang dikenakan bayaran.

Saper agaknya yang paling gumbira majlis ni dibuat kat hotel? Saper? Saper ek? Heeheehaa.. Tekaan anda tersangatlah meleset ... namun jika betul dan tepat, jwpn tu masih tetap tak betul dan tak tepat.

AJK terkesima menamakan Majlis Perjumpaan Ramah Mesra (bukan poyo tapi bersemangat), dan bertemakan Mesra dulu, Mesra kini dan Mesra selamanya .. (Ok apa.. it sounds very nostalgic macam Melayu dan Malaya zaman 50an). Anyway dress code is informal so takdelah melaram dengan kebaya kulit bawang, rambut terjongket bersanggul tinggi..., haha.

Buat julung kalinya D & T accompanied us to such majlis. Mimpi ke budak2 ni namun we were quite happy hoping that both of them would mingle2 with other children from the same neighbourhood. You think they would mingle2? Mmm, diorang dok melekat bawah tiak I jugak .. I suppose diorang ni pemalu macaaam I .. (dulu, kini dan selamanya .. har 3).

Majlis dimulakan dengan doa selamat pastu Tok Penghulu (bukan dari KBR hokay??) beri kata2 aluan disambut oleh AJK yang memberi lampu hijau "makan time". Disebalik lampu samar sedang I menyudip dalca ke pinggan, AJK tanya samada I boleh menyanyi tak. Jawapan yg unggul diberi kat dia "I bukan malu tapi I memang tak boleh menyanyi".

Karaoke time .. lepas sorang, sorang tunjuk bakat terpendam .. solo, duet, solo, duet - rock ada, dangdut pun ada. Komain lagi pakcik dan makcik menyumbang suara. Ada suara terjun ke laut cina, ke sungai thames dan ke telaga biru, namun ...........? Sekali sekala bergembira ria sesama jiran.

Karaoke diselang seli dengan lucky draw. Hampers ditaja oleh 'orang kuat'. Dan salah sorang pemenang bertuah is none other than 'cha-ya-kaf sim-wau-mim' .... clap clap clap ... tahniah!

Monday, 29 December 2008

Visitors ...

Salam Awal Muharram .. resolusiku menimbun namun semuanya r..a..h..s..i..a...

26/12 - Had visitors from KotaTinggi. R, F n A.. R is TB's sister. A mendesak nak datang sebab ada projek dgn D. Ntah apa2lah projek sibujang dua orang tu. Diorang tiba rumah pukul 11 pagi. 4 jam perjalanan. I served them nasi lemak and lepat ubi... of coz I bought them.

When the men went to the mosque, SIL and I pi JJCLauk (sedara JJCM). Bought a few lauk but when it's time to pay, SIL macam peluru terus hulurkan duit. Eihhh.. janganlah .. maka sesi tepis menepis tangan berlaku namun I terpaksa mengalah. Dia yg jadi guest, dia plak yg bayar. Isshh.. malu I tau.

On the way home, singgah stall beranika kueh. Must buy! so I bought pisang gor and bebola ubi for tea. Sekali lagi berlaku sesi tepis menepis. Alah, penatlah cenggini so I mengalah ajelah.

Petang tu kitorang pergi kedai 100 Yen. I treat them snow ice ... mango, green tea, mocha, strawberry n lychee toppings. Each costs 4.90 jer and being the owner of a privilege card, I therefore gain berpuluh2 points for redemption. 1 point = RM1. Yeayy.. boleh beli snow ice lagi (bongkah ice diimpot dari Taiwan dgn berbagai perisa + topping).

I took charge to bring them out JJCM sebab TB kerja malam tu. Tak pi jauh pun, pi belakang rumah aje kat *Strawberry Fields. Went out in two cars but if we were to follow resam depa di estate zaman dolu2, mau aje kitorang berhimpit2 6 orang dlm satu kereta cam sadin tapi mana bisa non? Civilised people mana wat cenggitu, kan? *Why Strawberry Fields? ... cos the owner is a fan of the Beatles.

We were satisfied with our respective dishes. Burp! Alhamdulillah. I was supposed to treat my guests, right? BUT as I was terhegeh2 to pay the bills, R kata "takpe KC, F dah bayar". F plak kata dgn girangnya "hehe..belanja dapat bonus". Ishh, bila plak F pi bayar? Ohhh, diorang main taktik kotor rupanya. Pergi setel bil tapi purak2 nak basuh tangan ehhh? Adoi, apa nak kata lagi? Terima kasih banyak2 tuan rumah ucapkan.

27/12 - Bought cekodok pisang, bihun goreng n karipap for b'fast but I did cook for lunch you know. Menu: sambal sotong radar, lemak jantung pisang, ikan gor, ewak gereh (saper tak tau rugi o!) dan fevret A, moisten tempe goreng al-kicap.

SIL n family left for KT at 6pm. I gave SIL a telekung made in BP and a nice tea towel. And in return I received 'a small green packet'. Green packet during XMas? Hoho, to tell you the truth, I feel very embarrassed to have received such (cant explain why). D & T received the same too and prior to that, TB received a 'kurta' from his sis. Thank God he did give some dough to A if not ... malunya I.

May Allah bless them .. and thanks for coming.

Thursday, 25 December 2008

Engagement on X'Mas day ..


On Christmas day a few decades ago (wow!) , I got engaged to you-dont-know-who. It was quite meriah albeit a bit solemn as Mak wasn't around then. Had hinted to Mak about the majlis two years earlier. She seemed elated but Allah loves her more, she was never meant to witness it, sob3.

I was married to you-still-dont-know-who 4 months later AND we live happily ever after ... ("you hope my dear, you hope" .. as uttered by you-know-who in the perfume advert. Hahaa, ngaderlah si Mawi tu..).

To be able to live happily ever after you need to have lots of ............? Should you ask me for tips, I would just say it is plain qada' and qadar. Afterall, there is no such thing as 'live happily ever after' except maybe in 'life after death', insyaallah. Itu pun kalau..?

Al-kisah ...

A friend of mine shares her 'bereavement' with me. She feels empty and has totally lost trust with her hubby though there is still a bit of love left. Her final say is that she doesn't mind to live alone but she is still living together for the children's sake.

And yet there's another friend who's having somewhat the same dilemma. She feels empty, ridiculed and not appreciated. She stays on for the sake of her children.

Oh well .. life is such ..

Tuesday, 23 December 2008

Baulu Suri for Cik Jah ...

Rupa Kueh Gula Hangus (pic) saling tak tumpah kueh Baulu Suri aka Ambon. Olehkerana terdapat perbezaan pada bahan2 yg digunakan maka warna dan rasa kedua2 kueh tersebut MEMANG BERBEZA..

Dear CikJah, at last I dapat resipi ni dari paper the Star. Janji telah ditepati, so you mesti cuba ... Jangan lupa beri I sepotong yg besar .. :-)

Resipi ni boleh dipercayai sebab Amy Beh yang punya.

330ml thick santan ............ 100 ml lukewarm water ........... 50g plain flour ........... 1 tsp instant yeast ........ 150g rice flour ....... 100g tapioca flour ........ 250g castor sugar ........ 180 ml coconut water ............ 5 egg yolks .......... 1/2 tsp. vanilla essence .......... 3/4 tsp salt

Put thick santan in a small saucepan and bring to a low boil over very low heat. Remove and leave aside to cool completely.

Combine lukewarm water, flour and instant yeast in a small bowl and leave aside to froth. Mix both flours, sugar, coconut water, egg yolks, vanilla and salt in a mixing bowl.

Add fermented yeast and the cooled thick santan to mix. Leave mixture aside, covered with a damp tea towel to ferment for 2-3 hours (while waiting, bolehlah take a long nap.. hehe).

Turn batter into a lightly greased tray and bake in pre-heated oven at 200 deg. Celcius and grill until the top of the cake is golden brown.

Monday, 22 December 2008

Majlis bertunang ...

Wakil dari pihak lelaki seramai 30 orang terdiri dari jiran dan sedara terdekat berkonvoi ke Ampang kerana menyempurnakan majlis pertunangan Shah, anak bujang D&S. Ada 5 dulang (sahaja) barang hantaran dari pihak lelaki; sirih junjung, beg, kain, alat solek dan cincin. Lagi sikit barang hantaran lagi bagus sebab ia meringkaskan majlis dan menyenangkan sipembawa dulang.

Bayangkan sorang perempuan yang comel badannya diminta bawak dulang berisi kek fondant seberat 2kg. Kek aje dah 1kg + fondant + dulang silver, tak berat ke tu? Kalau I diminta bawak dulang tu, sure I decline. Susah tau, mana nak bawak dulang yang berat, nak jaga tudung jangan senget, dan nak bawak beg tangan lagi tapi yang paling penting susah nak 'tacap' mekap. On the other hand, untung juga kalau disuruh bawak dulang sebab boleh glemer kejap, asyik disuruh berbaris tangkap gambar aje, meriah you!! Anyway, barang hantaran serta alas dulang digubah sendiri oleh Shah, simple and nice.

Sepatutnya kitorang bertolak pukul 1030 pagi tapi tertunda sebab KD dan tiga yang lain sekereta tak muncul2 lagi. Bila diorang muncul, dari jauh lagi KD dah halakan jari keperutnya. Kesian.. perut dia meragam rupanya..

Jangan tak percaya, setiap kereta dibekalkan dengan WOKITOKI. Kahkahkah, mengalahkan nak buat operasi negara. Selepas Shah baca doa selamat, kitorang pun berkonvoi .. penuh keterujaan (sebab nak gunakan wokitoki tulah, hahaha).

Belum pun jauh perjalanan, wokitoki dah diaktivatekan. Tuan rumah siang2 beri arahan "keep to the left lane", pastu yg lain nyambut "apa slow sangat. malam baru sampai". Riuh betullah diorang tu, baru dapat wokitoki aje pun. Naik pening dengan diorang punya 'roger and out'. Pendek kata usik mengusik, kutuk mengutuk dan gelak ketawa aje sepanjang jalan. Boleh KD usik HR "awat tayar hang berpusing"? Kahkahkah .. lawak antarabangsa tu..

Majlis bertunang tu memang well planned & well co-ordinated. Dari mula wakil laki2 tiba, park kereta, majlis bermula lancar siap pantun bagai, waktu makan dijaga rapi dgn hidangan yang tersangat yummilicious, hinggalah waktu bersurai, segalanya menyenangkan hati. May Allah bless them.

Nak sentuh sket sesi menyarung cincin. Ada a bit kelainan. Mula2 emak lelaki sarungkan cincin kejari manis cik tunang. Kemudian Shah dijemput masuk duduk disofa yang sama sebab emak cik tunang pulak menyarungkan cincin kejarinya. First time tengok cam nih.

Masa I dilamar dulu, bakal tunang tak datang pun. Masa I bertunang pun dia tak datang. Dah adatnya begitu kot? Dan .. selama belum bernikah .. wajah ala2 anggun ni tak pernah ditatap pun oleh kerabat cik tunang. Apasal? Ishh.. I ni kan pemalu orangnya.. Cam tak tau plak.. (gitulah seadanya).

Saturday, 20 December 2008

Wedding of the year, ehem..


20/12/08 hari pernikahan M&E dikira hari bersejarah. Whoever disagree, memang nak kena, hahaha (sour grapelah tu). Gambar hitam putih kat atas ni dapat dari Ms G (tuan punya gambar janganlah saman kitorang, eh?). I suka gambar tu.

E looks like a princess while M looks dashing in baju Melayu, both in whites ensembles. I think everything that they wear from top to toe are sponsored. How lucky! Dengan lontaran suara yang terang dan yakin M melafazkan sekali saja akad, maka jadilah M&E sepasang suami isteri yang sah. Nasib baik M tak lupa 'lirik', hehehaa..

Harus satu donia melekat depan tv menyaksikan upacara WORLD pagi tadi. Sesiapa yg tak turut menjadi saksi diskrin tv, pasti depa duk kat donia lain, ahaks... (gurau je ni).

Masa upacara batal air sembahyang tu .. hehe.. quite hilarious juga tapi malaslah nak cerita. Tak ketinggalan juga sesi airmata .. waah.. syahdu gak. I think Mas lebih tabah dari E sebab Mas tak nangis ngongoi2 tarik baju, tarik veil pun. Sesi penyerahan tanggungjawab dari FIL ke SIL, dari emak ke anak memang menyentuh perasaan, syahdu sesangat ... (camana gaknya bila D&T kawin nanti? Mungkinkah I nangis guling2? haha, jangan nak merepek. Bukan ke mak pengantin mesti kelihatan anggun, jelita dan berkarisma?)

Masa I kawin dulu I tak nangis pun tapi Chik yg nangis sebab kesian I kena basuh baju. Chik, oh Chik .. takat ni kan, bumbung rumah aje yang belum sempat dibasuh lagi, hahaha kelakarnya....

Sebelum majlis bermula, doa dibaca oleh budak lelaki umur 6 tahun, kot? Wah, kalaulah I dapat anak cam tu, sejuk perut ni mengandung dan insyaallah nyaman di alam barzah. Apa taknya, budak yang baru 6 tahun dah hafal al-Quraan. Isn't it marvellous? Lagi marvellous sebab gigi dia banyak dah takde .. cute pun cute!

Actually I gembira (tumpang semangkok) bila M&E buat majlis nikah kat masjid Sultan Abu Bakar, di JB tu sementelah dua2 pun orang Johor. Masjid tu pun bukan calang2 masjid and where that mosque is concerned, it brings some nostalgic feelings to yours truly...

Hoping the newly weds live happily ever after (I wonder what kind of onak & duri they would face in future). In a related issue, I sms someone in response to her juicy gossips "Hai, jodohlah katakan. If only kita boleh pilih memilih tanpa ketentuan Allah, tapi tak boleh. Wallahualam".

P/S: I would like to see them in Sehati Berdansa next year ... (tak dulik) ..

Thursday, 18 December 2008

Atas riba ...

Al-kisah a week ago .. all of a sudden I got this light-bulb 'ting'!

Me: I ada idea .. why not you buy a new one and I take yours? (aksi melobi)
He: yang tu I dah install macam2, takpelah I belikan yang baru (hehe ada chan dapat yg baru)
Me: ehh.. you ambik yang barulah, I guna yang lama (aksi 2-in-1 perihatin sambil jual mahal)
He: takpe.. (ya ke nih? betul ke?)


Just two days ago ...

He: you kata nak guna yg lama kan? OK I guna yang baru (aisayman, but why?)
Me: pulaak .. you kata dah install berbagai, camana? You dah order ke? (hoping he wld change his mind)
He: Daah..besok dapat (besok dapat? brand apa gaknya tu)
Me: Ya ke? Cepatnya .. oklaah timakasih ... (mengalah dengan layu dan lesu tapi tak obvious, hahaha..)

Syukur alhamdulillah so I'm the new owner of Asus Eee PC .. moga2 dapat berkat guna 'atas riba' bekas moth.

Saturday, 13 December 2008

Words of wisdom ...


I love it ...

Quote-unquote:

My father taught me that there's always two sides to any story. Listen before speaking and then listen some more. Be decisive, be curious, inquisitive and alert to all the things around you as they always change. Aim for the sky and work hard to reach your goals. The list goes on and on but the most important one is probably "always listen to your mother". I wish I could do all that he has told me but I'm still trying!

"always listen to your mother" ... which genius says this?

It's a wonder how Allah gives that little something to all MOTHERS ... more often than not they are not able to see with their eyes but most of the time, they could see in their hearts what's coming..

That reminds me of the Land before Time ..

Thursday, 11 December 2008

Mozzarella cheese ...

Chedet wrote about mozzarella cheese being produced in Langkawi. Waaah, this is truly marvellous. At least there exists a soul who could 'see' my vision. The small factory is owned by an Italian married to a Malaysian (can be M,C,I or others for that matter). Still never mind .. Hoping that OUR cheese is 200% halal.

I love cheese very much but I have stop buying them for quite sometime now, all because I am quite was-was of its halalness. Have seen on tv how the workers spread a generous amount of lard onto the blocks of cheese. I have a concern also about the substance they use to coagulate the milk (to become cheese). It's bugging me too.

That's the reason I stop baking lasagna and pizza. I also stop eating anything to do with cheese ... Hoping that I won't crave anything cheesy for as long as I have that was-was feeling, insyaallah. Jangan ngengada nak ngidam2 pulak.

Fav numbers ... (as per my birthdate)

seven ... petala langit & bumi done in 7 days
six ........ rukun iman
five ...... rukun islam
two ...... 2nd best

Wednesday, 10 December 2008

Aidil Adha ...

Bestnya kalau ada short cut nak masuk kesini ... serupa speed dial tak payah tulis p/w bagai. Malaas laa...

Aidilfitri atau Aidiladha ... kitorang tetap beraya di Kg Tunku. Kalau Chik dah takde, how? Aaahh, tak nak pikir jauh2 pasal tuu lah. Come what may..

Awal2 lagi Teh dah jemput ke rumahnya. Kalau kitorang tak datang, dia nak merajuk. Sanggup ke dia nak merajuk atau berani ke kitorang buat dia merajuk? Haha, sumpah tak berani!

2 tahun berturut2 pada Aidiladha, I tak masak apa2. Last year sebab 'angin puting beliung' mencemar duli, dan tahun ni Teh dah larang jangan masak apa2. OK Teh, I patuh perintah you tapi I bawak dessert eh?

And so, I pun buatlah 2 jenis puding yg berlainan rupa dan rasa tapi dari base yg sama, haha, bijak kan? Puding peach kali ni tak berapa menarik tapi rasanya tetap creamy and peachy. Tak menarik sebab apa tau? Sebab warna peach tu tak oren seoren2nya. Apa nak kata, beli pun kat kedai runcit biasa memang takde pilihan. Puding lagi satu sepatutnya ala2 pelangi tapi ntah macam termarble pulak, larat buat rona kuning dan pink aje tapi sedap tau sebab yg pink tu perisa stoberi..

Masa dalam perjalanan, D bersuara .. kenapa mesti masak ketupat, rendang, lemang... kalau masak steamboat ke, bbq ke, steak ke .. kan best tukar2? T setuju aje "yaa, bagus..bagus" sambil menaikkan ibu jari. I tetap nak bersuara "ok jugak tu.. awak semua buatlah cam tu bila dah ada rumah sendiri nanti .. jamu Umi ngan Abah".

Tiba rumah Teh pukul 2 ptg dan balik rumah pukul 7 malam. 5 jam duk bergembira kat rumah Teh (kalau duduk umah Teh memang rasa taknak balik). Boot penuh dgn makanan yg ditapau. Haha, 'penuh' tu a matter of speech aje tau. Tapau sekadar untuk dinner, sekali makan aje habis! Tak kuasa nak simpan leftover dalam frij sebab tersangat leceh nak hangatkan makanan2 tu kalau tak dibantu oleh microwave. My mw/oven dah 2 bulan rosak ...

Apa nak jadi ni? Laptop buat hal, oven pulak rosak...

Namun syukur alhamdulillah niat tercapai juga untuk buat qurban. Syukran for the pengorbanan wahai CikLi ..

Thursday, 4 December 2008

Ntahlah ...

Kalau tak silap pendengaran, dah 3 kali TB bertanya "nak tak?" apabila dia mula mentela'ah brochure laptop yg sedia ada atas meja makan. Memang sengaja kita biarkan brochure tu kat situ supaya dan semoga dia sentiasa ingat dan tak terrlupa untuk menyuarakan "nak tak?" berkali2 tanpa rasa jemu.

Kita ni plak apa hal? Dah orang bermurah ati mempelawa tu, apasal kita rasa segan, silu dan kelu lidah? Apa susah, kata aje "naaaak!". Tulah, kita ni memang tak reti nak memintak2 pun (merely sebab malu bukan baik sangat pun). Kalau nak ikut ego sendiri, boleh aje beli 'the tenyeh way'. Biarlah beban membayar sendiri yang tanggung afterall kita ada beribu2 lemon of unused credit, bila lagi nak kayakan diorang, kan? tapi tak naklah, bisikan syoitan aje nih..

Soalan penting: Perlukah I miliki laptop baru? Mmmm, yes? no? yes? no?

A note to D. Umi dah banyak kali berkorban ni tau. Dulu hp and now laptop so jaga baik2 benda tu. Consider it as an advanced birthday present and upah 'terbang dari tangga 2 tingkat kebawah'.. hahaha .. bila pulak D ni jadi superman?? Anyway, *thanks a million for your quick action.

*In a related incident:
Oh my, what a day it was ... Never before felt gabra/menggelabah/gigil/darah naik kemuka/ badan bagai dicucuk2 ... all happened within 60 seconds.

For someone who is neither careless nor forgetful, why did that happen to me?

Muhasabah diri .. syukur alhamdulillah x 5 dan YaAllah ampunkan dosa2ku x 5 ..

Wednesday, 3 December 2008

Which one?

Which one now?

Dell? Lenovo?

Tabletop? Laptop?

Aduh....

Friday, 28 November 2008

Nag ...

Why do women nag? To be specific, why do mothers and wives nag? The know-it-all says women nag for they need love and attention. Really? Aren't there other better ways to seek love and attention other than nagging?

Do I nag? Yes when I have to but it doesn't give me much pleasure at all. Que sera sera, I'd rather remain cool and collected 24/7. It's quite tiring actually when you have to remind people time and again to do this and that. It is even more frustrating when you have to be the one who eventually did those as a result of them not doing it at all in the first place or when they did some things half-way through.

As far as the man of the house is concerned, I seldom nag him but he doesn't like to be around when I nag the children (for sure takut tempias kat dia kot? haha). When a wife (in general) talks more than her husband, can it not be classified as nagging or membebel? Can it be understood as a show of love, a concern, a discussion or a muzakarah for that matter?

Just yesterday I sent a text to moth when he was at work. I mentioned 3 things that he needs to be doing top priority but never really focus his time to be doing it. To start with the text I wrote 'Benarkan I sentuh 3 hal. Meh sama2... (the 3 points)' and ends it with 'Maaf jika tersilap beri idea. Salam'. That doesn't sound like nagging, does it? To date, I am yet to receive any response.

If only I could putar the time anti-clockwise ... would things be different and much better? Perhaps!

Last but not least do men nag? Yup at least Bak did or so I thought then, but where Bak is concerned the nagging was actually his words of wisdom. I can vouch for that and I can't thank him enough.

LEMIN>>

Wednesday, 26 November 2008

Hulk ..

This week budi pekerti kita kurang memuaskan. Diantara sebab2nya ..

Anak jiran dengan 2 sepupu sepapatnya main2 bola dlm kawasan rumah depa, so no hal of mine. W'pun bertiga aje yg bermain tu, namun keriuhannya macam nak bunuh sekor ular tedung. Ular vs dot3. Siapa dulu patut kita hapuskan? Hehehe, ya betoll! Awak yg sebut, kita tak sebut apa2 pun..

Sebelum ni dah banyak kali juga kereta harapan kita dilanda pantulan bola. Olehkerana bola tersebut jenis innocent, bukan kaler oren ala bola NBA basketball (ya ke kaler oren?), kita biarkan aje.. dan bila bola terbabas, diorang pandai2 sendiri bukak gate atau 'boloskan diri' menerusi pagar keluar masuk sesuka hati kat kawasan rumah kita ambik bola tu. Fine, kita kasi chan jer sebab diorang underaged. Konon nak jadi jiran yg memahami dan bertolak ansor.. afterall dgn budak2, toksah berkira sangat.

Bila mood kita ceria, selamatlah budak2 tu, tapi khaan ... langit tidak selalu cerah.

Alkisah.. sedang kita memasak, kedengaran suara orang bercakap2 kat luar yg sangat hampir pada ruang tamu. Mula2 panik gak almaklum takkan ada orang yg boleh masuk jika gate karat tu tak dibukak oleh tuan rumah (hanya tuan rumah aje yg tau nak handle gate karat tu.. ). Maka dgn sudip ditangan kita menegur dengan suara keras "siapa tu?? nak apa"? Dia jawab "nak ambik bola, aunty". Eii, boleh aje kata gitu dah masuk rumah orang tanpa kebenaran? Tak cakap sori, tak cakap timakasih.

Anak jiran baru darjah 6 manakala 2 lagi kupu2 tu dah cam bapak orang w'pun dapat agak diorang tu masih dalam tingkatan 3 (kot?). Anak jiran tak akan buat gitu sebab kita sort of kenal dia, lagi pun mak ayahnya jenis civilised, hormat jiran dan berhemah.

So, I'm torn .. whether or not to tell the boy that he needs to polish his manners...

Lepas masak kita sengaja ke luar rumah, konon2 nak fill-up air minuman kucing2 tapi sebenarnya mengharap sangat2 bola tu terpantul sekali lagi masuk ke kawasan rumah. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan ... maka ... ciksom pun bertukar menjadi hulk tanpa bajunya kelihatan rabak2 .. hahaha...

Dak tu: Aunty, nak ambik bola (tunjuk muka seposen)
Hulk: Yes??? (buat2 tak paham)
Dak tu: nak ambik bola.. (tunjuk muka doposen)
Hulk: Were u the one who entered my house? (hulk mestilah cakap omputih khaan?)
Dak tu: (anggok2)
Hulk: Were u the one who climb up the fence? (serious gituuu walhal dlm ati kahkahkah)
Dak tu: (anggok lagi)
Hulk: Next time please ask permission before u enter my house. Did you ask permission just now?
Dak tu: (geleng kepala muka dah pucat)
Hulk: Ahhh, what did you say just now?
Dak tu: Bola ..
Hulk: OK, u can take the ball now. U can climb up the fence ...

Actually Hulk tak tau budak tu panjat pagar atau 'boloskan diri' menerusi pagar sebab Hulk dah masuk ke dalam rumah. Pagar jiran ni spesel sket dimana budak2 kecik dan yg kurus kering boleh selitkan badan masuk menerusi pagar (jenis kap-lam-ya-nga ni lain mcm sket). Rasanya budak2 tu faham bahasa, diorang tak sambong main bola dan terus masuk ke rumah.

Petang tu bila kekedai, kita lalu kat kawasan padang futsal belakang rumah, kelihatan ramai budak2 bersukaria main bola segala ... Hulk slowkan kereta .. maka terpandang budak2 bertiga tu penuh aksi ..

Apa pun, kemarahan Hulk tadi tak kemana .. macam marah anak sendiri juga .. (tapi khaan, if we were to compare Hulk and ciksom, sah ciksom tu lebih baik. Dia memang tak sker maragh2 phon.. haha, iyolah tuu..)

Tuesday, 25 November 2008

Selamat pengantin baru ...

Selamat pengantin baru pada CeriaWan dan Fifyz (taulah kita sekarang why that small 'z' menyelit sebelah 'y', hehe).

Apa patut dinasihatkan pada orang yg baru menempuh alam baru? Hehe, kalau nak tau kenalah tanya pengantin yg tak berapa baru tu .. yg duk kat Bkt Naga tu, auwww.. (malas nak citer).

Anyway, dah dibawa kepengetahuan pengantin bahawasanya kita tak dapat hadir. Memula dulu memanglah nak hadirkan diri, maklum anak angkat kita kawin, khaan? Tapi gitulah, kita merancang, Allah yg menentukan ........ DAN ..... memang Allah sayang kat kita tau .. Ditakdirkan kita merajuk dgn u-know-who kerana 2 sebab, juga kebetulan pulak kakak buat doa selamat untuk bujangnya yg nak ke Mekah, maka niat asal yg suci tu tak menjadi kenyataan. Instead of makan nasi beriani pengantin, kita makan nasi tomato di Bkt T.

If I were to follow Mas & Dayah to Kuala Pilah.... Aduh! I kenot emajin. I will surely mabuk darat, picit2 badan sendiri mcm nak giler biar sedawa berderap berderup untuk lepaskan angin yg terkumpul dalam badan just to suppress rasa nak muntah.

Dua beradik tu bertolak dari rumah kul 1130 pagi dan kul 8.30 malam baru tiba rumah TANPA bertemu dgn pengantins, tanpa dapat makan jamuan pengantin dan tanpa dapat bersenggol2an dgn kenalan lain. 9 jam tu beb.. naik plane dah sampai ke Mekah pun.

Soalan cepumas: Mana silapnya? Peta ke rumah pengantin dicetak tak berapa tepat atau sememangnya ada orang tak cekap membaca peta? Huhuhu .. masing2 pikirlah sendiri..

Thursday, 20 November 2008

Am I torn in two?

You're torn in two ...
Your mouth is insisting that you let that verbal venom fly ..
Your innate sense of discretion is begging on bended knee, that you think about the consequences ..
Fortunately, there's a happy medium ..
Unfortunately, you won't find it today ..
Wait until tomorrow to speak ...


Oh well ... this is IT.

It's all about open and free communication, today. You've got to say what you feel as soon as you feel it! It's time to liberate your mind and free yourself to say whatever comes to mind at the moment it pops up in your brain.

You're open to the fact that once or twice you might say something silly. You might stick your foot in your mouth, but so what? That's a small price to pay for feeling free and open with the people you'll be dealing with, today.

Embarrassment can bring people closer.

Tuesday, 18 November 2008

1st day ...

Yesterday was D's 1st day experiencing working life .. (hehe dia buat praktikal aje tu..).

Day before yesterday, I merajuk with D because of something so I really really merajuk and I have to pamerkan that I meant it.... (dalam hati Allah aje yg tau .. hati seluruh emak2 sedunia memang lembut cam cotton candy, taufufaa dan jelly but never2 like kerak nasi yg lembut pabila kena air, ok?) .

At 9am sent T back to SA. While waiting for T to unload her things, I sms ayahanda budak2 yg sedang tekun bekerja kat ofis to PLEASE call D at home and ask him to bersiap sedia jangan lambat ke ofis and also to tell D to take a cab there as "lepas antar T I nak gi jenjalan ...".

Jenjalan I did .. alaah pi Giant aje membeli barang2 ransom (bukan film Ransom tu tau). Among other things I bought 2 lai spaghetti straps t-shirt... haha .. (mesti ada orang yg berimaginasi songsang tu.. Wa tau siapa).., namun those are not for me lahh .. Nak bagi kat somebody biarkan 'hidup barunya bahagia sepanjang masa'.

Ishh..off track dah ni ...

Bila balik dari jenjalan tu, mata ni terpandang atas meja, dalam sink dan satu dua tempat lain yg selalunya tak organise akibat perbuatan D, kelihatan tersangatlah sejuk mata memandang. Atas meja takde empty mug, dalam sink takde benda yg tak berbasuh, botol air already refilled ... wah3, tersangat bagus budak ni .. terasa sejuk perut ni ... (yalah kita haus, baru jer minum chilled Ribena..). Selalunya D akan basuh pinggan/mug aje tapi never nak basuh sudu garpu as tho those two things berat cam dumb bell pulak (walhal dumb bell tu dia hayun cam takde apa aje). Ni semua case malazzzzzzzzzzz ... Tapi semalam dia terajin pulak. Haa, pandai pun nak jaga and ambik hati kita ... (in a way, hati kita terus sejuk dan segala kesalahannya telah diampunkan semalam lagi..).

Muka dia tak malu tau .. belum lagi dia tau hati kita dah lembut .. Petang semalam dia call kita "Mi..boleh ambik tak?" .. To cut the long story short, both of us picked him up from his so-called office (just a distant away if by car but if jalan kaki, 'kes lebam', as D puts it ..).

Alkisah ... D works with celebrities ... Hmmm.... (ada chan lah Umi buat album eh?? Nyanyi untuk jingles pun ok gak.. hahahahaaaaa... Oh bangau, oh bangau kenapa kaki kau panjang???)

Saturday, 15 November 2008

Trust...

Seminggu dua ni sebok dgn cerita A & NH aje, maklumlah selebriti..

Oleh yang demikian, terpanggil nak buat kajian menerusi SMS tentang pendapat 5 kawan2 rapat mengenai trust pada suami masing2...dan sudah tentu 1 pendapat tu dari yours truly ..

Soalan: Do you trust your husband?

1st: Yes, I trust my husband.
2nd: Wah! Soalan cepumas ni. I tak trust 100%. I selalu buat spot check tau.
3rd: Payah nak jwb. Ekcheli depends dlm hal ape laa.. tapi overall yes dan ada sulam2 ngan berwaspada sket sebanyak.
4th: Yes I trust him. Why? Terlampau trust sampai kena tipu.
5th: At the moment I trust him cos he has no money. But if he is rich n famous then I don't trust him at all.
6th: I trust him but with a few grams of reservations, merely xnak terperanjat aje. So far, alhamdulillah. Anyway, TRUST is a big word kan?

Since trust is a big word, I shall leave it as it is laah ..

Tapi kan .. cuba kita perhatikan jawapan2 telus tu. Boleh tak kita buat andaian siapa diorang tu dan mengapa such statement dibuat? Ha'ah, letih juga nak buat andaian sendiri tanpa ketahui umur, usia perkahwinan, latar belakang serta pengalaman hidup diorang tu ...

Sebenarnya kajian tersebut untuk kepuasan hati kita sorang, saja nak menilai taraf pemikiran dan pendapat 'orang lama' vs 'orang baru' .. tapi siapa orang lama dan orang baru tu ekk??

Haa, siapa tepat meneka dapat hadiah dari kita tau ..

Wednesday, 12 November 2008

New house?

Insyaallah dengan izinNya, terjadilah ... tapi kalau dinanti2kan saat dan waktunya, mesti terasa lamaaaaaaaaa... tapi kalau tak difikirkan sangat, buat2 tak reti atau sebokkan diri dengan segala hal yang mendatangkan faedah maka saat tu akan cepat menjelma.

Perbincangan dua hala (between TB n nephew in-law) berkenaan melakar pelan rumah baru dah dibuat sebulan dulu dan kini blueprintnya dah pun siap dilakar dengan penggunaan perisian komputer yang canggih . Untung juga ada dikalangan keluarga yang mahir dalam bidang melukis/melakar pelan rumah.

Angan2 kian menjadi kenyataan, insyaallah. TB mungkin gembira ria sebab angan2nya dah mula berputik but what about me? Am I happy? The answers are 50-50, 30-70 & 70-30.

Masa muda2 dulu bila TB menyatakan hasrat nak buat rumah kat kampong halamannya, wajah kita macam setuju aje tapi mulut pulak berkata "alaaa, tak naklaaaa. Adik-beradik I semuanya kat sini.., lagi pun kat sana takde bank, atm, supermarket..." (ini bukan statement mengada2 tapi berdasarkan keperluan hidup pada masa tu).

...tapi sekarang keadaan kampong halamannya dah WORLD, dah ada macam2. Pendek kata apa KL ada, kat situ pun ada. Kawasan perumahan baru tumbuh cam cendawan selepas hujan.

Betapa manusia berubah .. dan tak banyak sikit, diri nih pun turut berubah. I am not talking about my physique yang memang dah berubah but it's about my accepting the fact that I have to follow TB wherever he goes. Sekarang dah tak pikir lagi pasal bank, atm atau supermarket tapi pikir hal lain pulak. Hal lain termasuk takut dan seram, dunia misteri. Takut hantu (of coz) dan seram dengan persekitaran kawasan yg akan didirikan rumah.

If only I tak dengar cerita ceritot dari sepupu sepapat TB yang bercerita tentang pengalaman masing2. Menciiiii tau!! Sorang tu bercerita terdengar suara sekumpulan perempuan berbual mesra walhal tempat yg dimaksudkan ialah ladang persendirian aje. No way perempuan sesuka hati nak berkumpul kat tempat macam tu.

Sorang lagi kata mesin rumputnya terasa sangat berat bila dia mula menebas rumput dan lalang walhal selalunya mesin tu ringan aje. Jenis yang nak main2 dan acah2 ni lah yg kita tak berapa berkenan dan juga tak gembira nak dengar.

Nevertheless, excited tetap excited. Terkesima jugak nak beri cadangan kat TB "kalau rumah tu buat style Mediterranean, boleh tak?". Takkan tak boleh, sediakan ajelah duitnya <-- TB tak jawab macam tu tapi I sendiri yg jawab, hahaha.

Thursday, 6 November 2008

Last kopek ...

The so-called last-kopek raya open house catered specially for my siblings lasted joyously with much aplomb. Alhamdulillah for many reasons: Dapat tebus malu, puas hati jamu diorang, jalin silaturrahim, berbual mesra dgn adik-beradik dan mee kari dimasak terlebih sedap dari masakan 2 kali sebelumnya.

Puji2an bergemuruh hinggap kat telinga (cam riak aje bunyiknya tapi sajalah kita tulis meriah2 cam ni sebab ni kan rumah sendiri, kaan??)

1/2zah sms:
Gua teringat lu punya mikari. Sedap. Lu mesti ajar gua buat tu n sambsot. Camne dpt sambsot tu lembut? Gua x pandai langsong. Mesti xlembut cam tu.. Sekian.

Jwpn ikhlas dan telus :-)
Kiahx3, U like my mikari n sambsot? Rasianya terletak pada 18 jenis herba (16 pun boleh), ahaks. MK n SS tu gua kuk ikut naluri, berbekalkan bismillah n selawat (masa tulis ni rasa tekak gua kembang kuncup aje, haha. Guwau2 eh KakZah ehh?)

3 kali masak mee kari menjamu tetamu sempena riraya. As practice makes perfect, kali ketiga barulah resultnya d'bomb kot?

Menu for that day from the gracious hosts: Mee kari, sambal sotong aka sambsot, murtabak ala Spore (beli) and the well-known lempeng pisang which is my specialty (ni pengakuan dari diorang). Other foods sponsored by siblings: Popia, baked macaroni, sago gula melaka and burger-del (Ngah made specially for MOTH. Tak chi tau, apsal dia plak yg dapat walhal dia buat kerja sikit aje? Ooops, takpe, sori terlupa pulak .. MOTH tolong lipat bebaju dan belanja murtabak, hehe 'isteri mudah lupa').

It was literally a one-woman show dari membeli bahan2, memotong, mengisar, menumis, merebus dan memerah santan (yaa perah sendiri - 3 biji pulak tu, saja tak beli santan pre-perah), juga basuh segala gelas dan pinggan mangkok sendiri .. (sengaja tak benarkan tetamu tolong basuh pinggan-mangkok bukan kerana takut pecah apa2, tapi .. hehe, adalah sebab2nya).

Pada orang yg terror memasak mesti beri komen yg tak membina "ahh, kacang aje tu". Memanglah baru buat mee kari untuk jamu 20 orang aje bukan masak untuk kenduri kawin, nonetheless I gave a good pat on my shoulder for the work well done! Syabas..

Mak used to say 'kita buat dia', and Bak always said 'kerja guna akal' (sambil pointing jari telunjuk ke dahi). Anak Mak & Bak pulak kata kerja kena profesional dan disiplin, jangan gopoh supaya tak hilang fokus (namun malam hari terpaksa cari orang picit pinggang dan betis, auwww).

Alhamdulillah semua berjalan lancar! Amin ... tahun depan nak masak apa ekk??

Ralat: Takde gambar sebagai hiasan sebab kamera HP buat perangaiii ..

Tahniah ..

Sahabat dari RESORT hendak mendirikan masjid ... auwwww ... hepinya mereka.

Tahniah untuk CW dan Cik Fify ... (terima kasih kerana mengundang, nak pergi sangat2 tapi masih tak boleh confirm), tahniah untuk Dr Ani Sue dan partner (di Temerloh .. aduh!!), dan juga tahniah untuk MyHana dan partner ... (belum dpt jemputan tapi tak dulik, nak ucap tahniah gak..).

Semoga bahagia bahagia bahagia dan bahagia selalu ....

'Bahagia' dari kacamata atau perspektif orang yg berpengalaman adalah seperti berikut ...

Alaaa.. tak cukup masa laa sebab I am in a hurry nak ke Mydyn nih.. Semalam CikSue kita ada sms suruh kesana sebab dia dan anjernya ada kat situ sempena Mydyn nak turunkan harga2 barang ...

Kalau ada kamera TV3 dan apa2 TV, nanti I sentilkan wajah I kat situ eh? eh?? Daa...

Tuesday, 4 November 2008

Deepavali ...

27/10 - We were invited to a Deepavali dinner by the next door neighbour. They booked a cendol van from SS15 and a satay stall from-where-I-dont-know (of which its satay tasted much better than the renowned satay Kajang Hj S), while the rest of the food was cooked by the host herself assisted by two great bibiks. As the male host was a big boss of Malaysiaxxxx, I could see familiar faces of 'who's who' in the politics arena and some infamous bloggers.

The cendol van was parked just outside of my gate (good eh?). As it was quite dark and being a good jiran (huhu, pun intended), I had my front porch spotlights ON just to cater for the cendol man. Haa, barulah terang sket, if not kesian tau... dahlah tak nampak wajah pembuat cendol, lagi haru for the cendol enthusiasts as they would risk swallowing taik cicak or taik kumbang as they indulge in their bowl of cendol. Worse still, during preparation of the cendol, the cendol man himself is having an itchy nostril. Haa... sanggup?

Makan lebih kurang, say our thanks to the gracious hosts and we were done! Terlanjur rumah bersebelahan, dah siap makan (walau tak kenyang) nak tunggu apa lagi kan? Lagi pun it was too many people over too limited a space .. susahlah nak mingle2 dan senggol2an with other guests, ahaks (macamlah kenal dgn diorang pun??).


2/11 - Finally I got the chance to jamu all my siblings except dadadididudu ... Oh well..
No wonder I don't always jamu orang in big group as I know my kudrat aka tulang 4 kerats just couldn't take it BUT THIS TIME I AM GAME FOR IT afterall I NEED TO TEBUS MY MALU TO ALL MY SIBLINGS ESP MY SISTERS. They are the ones who always jamu and menjamu aje... Isn't tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima? Har3 .. tau takpe!

To be continued ... (insyaallah
)

Wednesday, 29 October 2008

Eee laptop n last kopek raya with 5 LOL ...

I have been neglecting my laptop eversince I did my 4-season cleaning up. I had to relocate it at one side of the house hence the rombakan of my humble office (sort of) from that of a dining table to a new spot, a spot which I feel is not condusive untuk berkarya. What more, a laptop which has seen better days, sesuka hati aje nak OFFkan dirinya, I yang penyabar ni pun dah jadi tak sabar as it is quite annoying (hilang mood). Right now I am using MOTH's Eee PC in my own bedroom (if bedroom orang, ehh, malulah nak masuk, khan?). Lega gak guna si Eee nih ... tak takut lagi terdengar bunyi 'teng' before the screen 'blacks out'.

p/s: unfortunately the sitting position is hazardous to health.. my health that is! The so-called office MOTH ni takde kerusi sesuai untuk duk lama2 ngadap laptop yg kecik molek nih.. Huwargh.. beggars cant be choosy eh?..

Normally then, I would placed a full-speed running fan directly onto the laptop (it's as though nak sejukkan hati laptop tu laah), but more often than not, it just doesn't work. W'pun dah instal fan bawah punggung laptop tu, padam juga dia. Sakit hati tau. Dear MOTH has offered me his own as he will use his spare cemetot Eee PC (apsal manyak sangat alphabets tu?) but I told him 'nantilah.. malas nak transfer mcm2 benda'.

Rombakan of my so-called office is needed as I was expected to treat some friends/siblings on 3 separate occasions at my humble abode. Senang citer, macam open-house gak cuma para jemputannya tak ramai namun I need a decent table to lay out the array of food for my jemputan.. (array of food? kahkahkah)

(Fikiran ngeri: if I were to combine the 3 occasions into one, that would mean I'm cooking for at least 30 people. Wahh... pengsan aku!).

Last Sunday I had Mas & family coming over, that included her parents, tok and sis. I also invited CL and some of D's friends. Served them mee kari, sambal sotong, murtabak and bubur kacang. Is that all? Yes, that's all. Tu pun I couldn't find time to curi tulang to even glance through the Sunday newspapers tau.

Today, I invited 5 of my lady of leisure jirans for breakfast. I served them good food juga plus pengat pisang lagi. I started cooking at 11pm (the nite before) and went to bed at 2am .. (bila ada mood, apa pun boleh. Oit!! mood memasak ok?). Puas hati as we had a good time indeed.

Come Sunday .. aduiii..kena masak lagi .. This time all my siblings are coming.. for belated raya. With own siblings, the tension to serve tantalising dishes is lessen as I can depend on them to bring their own food .. hahaha .. potluck is one way to pupuk silaturrahim, khan?

Signing off now... my back is killing me... How I wonder that my other half is able to ngadap si Eee without sitting on a proper chair? Ada ke orang guna tepi katil sebagai kerusi?? Ada ke? Ada ke???


P/S: Kamera hp mogok hence no pics attached.

Thursday, 23 October 2008

4-season cleaning ...

Santi senyap aje bila kita sms dia seminggu sebelum raya. Santi, kenapa awak senyap aje? Awak balik Indon ke? Awak sakit ke? Awak kena culik ke? atau awak memang malas nak datang ke rumah saya ehhh?? (semua tu soalan dalam hati aje).

Wahai Santi, saya tau awak sebok tapi kenapalah tak sudi jawab sms saya tu? Seminit aje pun kalau awak tekan2 henpon awak tu untuk beritau saya awak sebuk, senang jugak hati saya tau (juga kata2 dalam hati aje), namun jawapan dari Santi diterima juga akhirnya "saya sebuk kaaak.." selepas lapse sebulan.

Takpe Santi, janji awak bermurah hati nak datang hari Khamis ni. Yeayyy.. Santi datang.., Yeayyy Santi datang.. Yeayyy!!..

Best jugak berSMS dengan Santi ni. Ejaan yg dia guna kontot2 aje. Contoh: Sa ya da tang ha ri Ka mis... (OK what? Santi tulis ikut setail karektor tulisan Cina, kontot2 .. janji paham). Dah beritau Santi tunggu dekat bas stand depan rumah dia pukul 9 pagi. Pick Santi pukul 9 tepat, terus ke SA jemput Puteri Melati dari Blok 3B.

Tiba rumah tepat pukul 10 pagi (semuanya tepat aje? haha), terus sengseng lengan sengseng seluar, jalan kerja. Sedang kita bersilat (jangan bayangkan .. bahawasanya kita pakai 3/4 pants jer), Alang pulak pays a visit. Tak kuasa tukar seluar maklumlah dengan abang sendiri, khan?? Aurat takat tu masih OK lagi. Bual punya bual, timbul cerita murtabak Spore yg ada dijual di Victory, USJ9. Keluar kejap dengan Alang ke Victory, beli 3 tebak murtabak daging @RM10 each. Harap Alang gembira menikmati murtabak ala Arab Street tu (yg dibelanja oleh adek dia yang dot3 tu..)

Sebelum tu Alang tanya "buat spring cleaning ke?" .. "taklah Lang, kita buat 4-season cleaning - winter, spring, summer and fall"... (nostalgia pulak lagu si James Taylor tu).

Beriya-iya kemas ni ada sebab. Sebab pertama - tak kemas betul2 masa nak raya dulu. Sebab kedua - sama macam yg pertama, dan sebab ketiga (berbisik nih) .. ada orang nak datang rumah kita taw.. huhuhuuu ... jadinya kenalah spotless and tip-top!

4-season cleaning masih belum mencapai matlamatnya. Santi tu rajin tapi ada part2nya yang dia buat kurang memuaskan maka Lady Boss terpaksalah buat... (baik kan Lady Boss si Santi tuuu??). Lady Boss, Lady Boss jugak tapi beliau tetap turun padang. Curik tulang kejap aje masa pegi beli murtabak tadi tu ..

Oh ya, Santi dah gabra selepas kita termentioned ada satu dua orang pembantu macam dia yg datang bekerja kat rumah2 jiran. Mesti dia gabra rezekinya akan terhenti kalau dia tak kerja rumah Lady Boss dan kakak Lady Boss (sebelah rumah). Don't worry Santi .. insyaallah rezeki awak murah, ada dimana2.

P/S: Selepas Santi menerima imbuhan, doanya berjela2 untuk si Lady Boss ... oh sungguh syahdu sekali...

Wednesday, 22 October 2008

CL & Gee..

CL, I tak daya nak buat lasagna dalam masa terdekat ni tapi kalau sudi, silalah jamu mata hasil air tangan I.. Jangan burrp kuat2 sangat bila dah kenyang tu.. :-)
.
Happy birthday Gee. May Allah bless you always ... Nak kek tak? Hehee, takde keklah Gee. Silalah jamu mata kongsi dengan CL ehh?? Jangan malu2.


Teringat kat your 'daging maman' . Meleleh air liur ..

Tuesday, 21 October 2008

BBQ at jiran's n raya at FJ's house ...

16/10 - Tak habis lagi penat merewang dan menjayakan PM dapat menantu, dah timbul pulak nak buat BBQ. Sekor kambing dah ditempah dari HV siap dimarinate lagi namun hampas kelapa jer sebab diorang tak marinatekan pun. HV buat janji palsu, tak baik tau.. maka kenalah tuan rumah marinate sikambing tu sendiri. Besides kambing, there were sausages, beef, chicken and the likes.

My job is to make coleslaw. Diorang tu dok heran how come ciksom is so clever as to be able to make coleslaw, so I told them "alaaa... kita belasah je" (does it sound humble enough?). My masterpiece is called 'coleslaw USJ' as it differs from any coleslaw the world ever known! Heheh, takdelah terer sangat cuma tambah 3 multi-colored capsicum, celery and boiled potatoes apart from the usual ingredients. What about its sauces? Just pour in mayo, 1000-island, dashes of salt and chilli tomato ketchup. Gaul hingga sebati (cliche ek? mestilah sebati, kan?), and I'm done!

BBQ berjalan dgn jayanya despite the rain. Everybody was in joyous mood especially the ladies. Why is that? Heee.. clap..clap..clap, apa taknya .. kebetulan pulak AnuarZain memunculkan diri (in fact bukan kebetulan cos we knew he was coming). Memang tak lepaskan peluang, masing2 bergambar sakan and AZ was so obliging. Manis aje mukanya menegur dan bersalaman dengan para aunties n uncles. Pandai pulak jaga rapport dgn peminat2 yg 'sedar diri', hic! (kehadiran yg tidak berbayar tu). Ehem, terus teruja nak beli CD dia .. (namun kalau I download aje bukan dia tau ekkk???).

Dalam pada tu terima pulak berita sedih .. Al-Fatihah untuk Cikgu S. Sekelip mata aje beliau meninggalkan dunia yg fana' nih. Bila seorang mualaf meninggal dunia (pulak2 yg kuat beribadat), sudah tentu tempatnya di Syurga kan? Insyaallah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman .. Amin.

18/10 - Drove to SA using different route. Har3 alahai senangnya route nih? Senangnya nak jumpa Concorde Hotel? Syukur alhamdulillah. Met Lina half way terus membontot her car to FJ's house. Waah, cantiknya rumah? Almaklum.. rumah selebritilah katakan..


Met quite a number of ex-office mates, seronoknya. Ada yg dah bermenantu, berbisan dan bercucu whereas some still status quo. FJ purposely invited us on Saturday walhal a day before her celebrity doter invited the divas and the divos (there shd be such term). Mencii tau .. (penat jer kitorang pakai kebaya kulit bawang siap sanggol segala, ahaks - baca boleh percaya jangan).

19/10 - Dinner at Z's. Hadoiii.. banyaknya nak makan. Bubur lambuk, nasi tomato, ayam masak merah, rojak, nasi himpit, kuah kacang, rendang, makaroni goreng, pudding sago dan pengat ubi.

Para jiran sempat bermeeting nak buat satu lagi perjumpaan raya sebaik saje J & PM balik dari Mekah.. This time we may have it at the hotel as everyone of us just want to have a good time, enjoy the food and the company. No more rewang2 till mereng, ahaks ..

Mishap in the kitchen ...

Waah, how time flies. It has been 5 days since I last berkarya.. Where has the mood gone to? Why must it merundum like the stock market does? What's wrong? Is it the hormone? the weather? the food? the cats? the ants? The list is endless, just blame it on anything but myself !

Cooked fried kuea tiau yesterday. The kuali was put on the cabinet top next to an empty mug (meant to make coffee for hubby). Upon snipping off the tip of the coffee sachet, I poured the coffee into the kuali full of kuea tiau. Maaaak, what was I thinking?? Anyhow, it was quite unsangkarable that the taste of 6-in-1 coffee blended well with my kuea tiau. Har3, what else can I say? Tapi memang sedap apa .. pahit, manis & masin bercampur aduk cenggitu ..

It happened once before when I baked bingka pisang. I was short of sugar but I remember there was a small pack of sugar in the fridge. I got the small pack alright and straight away poured it into the pisang mixture. My bingka pisang somehow tasted so lemak berkerim as a result of Ajinomoto, harharharuuuuu .. the joke was definitely on me!

Once upon a time I made kuih koci. The dough should (read: should) be a mixture of white and black glutinous flour but dear me just used the black one and it turned out to be ?...... Suffice to say it went straight into the garbage bin. Such disastrous attempt always befall on me but I always persevere .. (I swear).

I dare to fail ... there were so many failures before I could really get the hang of it ... what with the french twist, the honey cookies, the Singapore bihun, the pineapple jam and the cream puffs ..

One of these days there would be a group of the 'so-called fans' who wishes to visit me. What should I serve them? Helllp ... (I am sure Domino's, KFC or McD would be happy to assist..).

Wednesday, 15 October 2008

Another birthday ..

SMS D & T: Dah wish Tehyah?
D: Blum..
T: Dah..malam tadi at 12am..

D&T .. dengan Tehyah, dengan Ibu dan dgn ML, M atau MO, tak payahlah Umi nak ingatkan apa perlu dibuat. Ucap selamat hari jadi pada diorang tu bukan susah sangat pun. It takes a minute of your time - nak buat atau tak nak buat, setahun sekali aje pun. Lebih baik kalau D&T telefon aje tak payah sms2. Jangan kata takde credit sebab Abah dah cukup bekalkan credit kat hp masing2.

Tentu T tak suka dengar bebelan Umi sebab T selalu buat sendiri tanpa disuruh2. Bagus cam tu tapi tugas Umi memang untuk mengingatkan D&T tentang hemah ... tentang hargai jasa baik orang, tentang hargai silaturrahim dgn sedara-mara yg ada ... esp to your aunties. Jaga hati mereka - sekali-sekala tanya kabar BUT MOST OF ALL, jangan lupa dengan TOK CIK tu .. Dia yg sebenarnya banyak berjasa pada kita sekeluarga. Dia yang menjaga D&T sejak baby lagi, ingat tak? Umi taknak dengar kata2 alasan "takde kredit, takde masa atau terlupa". If ever I heard you say TERLUPA, siap! Yg 'boleh terlupa' hanya Umi dan Abah aje .. (one of the perks of being parents.. )

Dalam pada nak ingatkan D&T, sendiri baru sedar kali ni dah TERlambat pulak nak wish Teh sebab pagi2 lagi dah keluar ukur jalan dgn PM, Z dan S pergi breakfast kat restoran H. Z belanja sebab duit dia dah terlebih2, haha. Pick them up one by one. Had laksam, ayam kampong, nasi ulam, air barli dan teh tarik.

Semasa makan tu, kami buat post-mortem tentang kenduri kawin anak PM tempoh hari. Takperlah PM, janji anak you selamat diijabkabulkan. Adatlah terkurang sana sini. Selesai post-mortem tu, PM sebut pulak nak buat BBQ cum doa selamat untuk malam Khamis. Jemputan untuk jiran2 terdekat dan bisan baru & gang. Heeee.. ada chan jumpa sekali lagi mak ayah dan adek sikening berjongket tu. Kali ni kena tangkap gambo .. (teruja ni).

Sebelum balik, masing2 tapau lauk untuk tengahari. Kita beli solok ikan, kerang (bersihnya rupa kerang tu), gulai ikan tenggiri dan terong sambal.. Bunyi macam banyak aje tapi beli in a small portion maklum untuk berdua aje (ada lagi baki dlm esbok tu). Lepas hantar PM dan S balik, Z dan kita terus ke Mydin ...

Pukul 2 ptg baru teringat ... Call Teh kat rumah tapi dia dah keluar pulak dgn Chu & gang pergi merisik. Kita terus aje SMS Teh "Kandaku Teh, yaa ampun tak terucap seawal lalat terbang untuk hari lahirmu yg ke 26 karna dinda berpeleseran bersama jiran2 pagi tadi. Selamat harijadi semoga dilimpahi rahmat dan ceria selalu. Amin"

Kalau Abg R masih hidup, surely dia akan bawak Teh, T,D&G pergi makan kat Victoria Station meraikan besday Teh. Budak2 mesti gila meroyan bila keluar dgn Abg R sebab apa aje yg diorang nak, Abg R layankan aje. Nak Bomb Alaskalah, nak tulah nak nilah. Melampau taw! Kadang2 kita pulak yg gewamm sebab Abg R never said NO to them. Pendek kata sebelum D,T&G keluar dengan Abg R dan Teh, kita siang2 dah warning "jangan mintak toys, jangan mintak yg bukan2, makanan aje boleh tapi jangan yg mahal2", tapi penat aje kita bercakap, ia seolah2 mencurahkan air kedaun keladi!

Sigh... kini hanya tinggal kenangan .. Al-Fatihah untuk Abang R (masih segar diingatan saat2 akhir Abang R... ).

Tuesday, 14 October 2008

11 Syawal = 11 October

Sabtu lepas kami dara2 USJ yg seramai 6 orang berkonvoi ke kelab 'ntahapanamanyatu' di Shah Alam untuk meraikan pengantin dipihak lelaki pulak. Dengar kabar pihak perempuan disediakan 6 meja, maka 5 meja diagih2kan untuk sedara-mara pengantin perempuan dan lebih satu meja untuk jiran perempuan SAJA tanpa pengiring (hehe.. hubby tak dijemput sama).

Kita pilih meja no. 11, baek punya view. Full view nampak jelas pengantin kat meja utama, boleh tinjau jemputan yg hadir sebelah kiri dan kanan (ehem..senang nak senyom kat para selebriti.. ahaks..), dekat dengan main entrance boleh tengok pengantin dekat2, dan juga senang nak menatap wajah si AZ tu bila dia menyanyi nanti... (tak dapat tengok dekat2 jarak 6", setakat sedepa pun dah kira 'oklah tuu').

Kita dara2 ni cam lapar tahap kebulur gitu (haha semuanya skip breakfast), bila nampak kerepek pisang disajikan sebelum dibenarkan MAKAN, kita dgn tak malunya buka bekas kerepek pisang terus 'krapkrup..krapkrup' (buat cam umah sendiri aje). Ada pulak sorang ni yg lurus bendul bertanya "u bawak ke?" bila kita offer kat dia kerepek tu .. hahaha .. apa cerita pi wedding nak bawak kerepek pisang??? Selamba jer kita jawab "taak, diorang sediakaan".

Jamuan nasi tomato dan lauk-pauk yg delicious - ada udang, ikan, daging, acar, dalca dan tapai sebagai pencuci mulut (tak sker tapai tapi kalau ada eskrem sama, boleh gak kita cuit2). Dapat cenderahati porcelain yg cute dan telur pindang ..

Pengantin salin baju 2 kali... (betapa lecehnya salin2 baju cam tu tapi dah depa suka, kita pun tumpang suka gak..haha..janji perut dah kenyang). Baju ala2 Arab Morocco, Arab Badwi atau Arab apa ntah ..

MC pada petang tu jejaka dari MHI dan Sh. S yg becok tu (maklum yg kawin tu pun cousin dia). Kami dari pihak perempuan dah tau siang2 ada satu KEJUTAN tapi ramai yg tak tau. Untungnya kami jadi jiran pengantin perempuan, kan??

Pengantin lelaki made an entrance for the 2nd time pakai baju ala Matador (ehh? biar betul? tapi takde lembu pun?) accompanied by 2 unflowered boys.., but where's the bride?? Bride tercicir ke?

After the fact kami diberitau oleh bonda pengantin perempuan .. Sepatutnya keadaan dalam hall digelapkan sebelum bride masuk tapi Murphy's law berlaku, maka bride masuk kedalam hall dlm keadaan hall yg 'terang2 samar'. Bila bride berjalan beberapa langkah, para MC siap umumkan kejutan itu ... HAHAHA (keji ek ketawakan orang?) .. teruslah GAMAT satu hall !!! Mana taknya, jejaka idaman seMalaya sedang menyanyi .. lagu syahdu pulak tuu!

P/S: Murphy's Law .. plan asal pihak lelaki didn't quite materialised because of technical error.

Pendek kata aura pengantin ditenggelamkan oleh kehadiran LELAKI ITU .. Sesi potong kek dan suap-menyuap kek berlangsung begitu aje .. All eyes were not on the pengantins but on HIM !

Dara2 dimeja 11 sedo diri .. duduk penuh anggun dgn tata susila yg boleh dan patut dipuji. Kalau tak sedo diri, nak jugak kejar dia yg sedang menyanyi tu untuk bergambar sama ke, sain otograf kat serviette ke, atau just lambai2 manja ala miss world.

Petang Ahad lepas, kami dijemput sekali lagi oleh mak ayah pengantin perempuan, ada pulak hi-tea jamu satay berbagai. Majlis bertujuan untuk ucap terima kasih pada kami sekelian diatas kerjasama kami menjayakan perkahwinan anakandanya. Adalah berbalas2 ucapan dan ada gak setitik dua airmata dititiskan ..

Daaaaaan, saper lagi yg paling untung jika bukan kaum perempuan? Hehehe, kami yg seramai 9 orang ni diberi cenderahati lagi (1 table runner & cushion cover Dubai mari). Walaupun malu2 kucing untuk menerima (dahlah dijamu), namun diterima juga dengan sebesar2 tapak tangan. Mak kata tak elok tolak rezeki, kan?

Semoga pengantin kekal bahagia hingga bila2, semoga PM dan Kol. J sentiasa sejahtera bersama keluarga dan selamat menunaikan fardu Haji tak lama lagi. Amin..

Monday, 13 October 2008

Selamat hari jadi ...

Selamat hari jadi ...
Sekejap aje masa berlalu
dah besar
dah tinggi
dah pandai itu ini
namun jangan lupa satu perkara
syurga dibawah tapak kaki ibu

13hb hari bahagia untuk kita sekeluarga
tentunya kita tidak percaya
angka 13 tidak membawa tuah
lebih banyak suka gembira dan ceria
kurang duka nestapa

hidup biasa memang ada naik turunnya
kita ada kita
kita ada sahabat, jiran tetangga dan saudara-mara
kita tidak keseorangan
pandai2lah cari kehidupan yg dirahmati
jangan cari musuh
buat baik pada semua

kasih dan sayang bermula dalam diri
jangan ada hasad dengki tamak haloba
syukur dengan limpah kurnia
tingkatkan usaha cari rezeki halal
penuhi dada dengan ilmu dan kasih
kasih pada Allah dan sayang pada kejadianNYA

Semoga Allah permudahkan segala usaha
Jangan sombong untuk berdoa
Sentiasa berprasangka baik pada Allah
InsyaAllah selamat dunia akhirat

I LOVE YOU MORE THAN EVER .. HAPPY BIRTHDAY, MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS!!!

Friday, 10 October 2008

10 Syawal = 10 October


Tak puas tidor semalam. Balik dari merewang (+makan, bual2, beraya, ketawa2, bergembira) pukul 2.30 pagi. Tidor kejap dah subuh. Takde chan nak golek2 lagi, teruslah bangun dan buat hal2 berfaedah sebelum ke jemputan nikah pukul 10pagi.

Dalam komuniti bandar yg serba-serbi senang digapai, rewang-merewang ni memang susah untuk dilaksanakan tapi jiran USJ dot3 ni memang WORLDlah I tell you. Bukan saja jiran sesama jiran, malah kenalan dari kumpulan yasin dan majlis ilmu turut sama meminjamkan kudrat masing2. Alhamdulillah.

Sesi menghiris bawang yg paling happening sekali! Hahaha to those men yg melelehkan air mata semasa, sebelum apa lagi sesudah menghiris bawang. Yg lalu lalang tanpa mencuit sebijik bawang pun ada ati mengaku air mata diorang dah mula meleleh (pembohongan terang2an tu). Malam merewang dah mula tangkap gambo. Fotografer kata "123".. tapi kita tanya "awak nak ambik gambar bawang ke?".. tapi katanya "dua2" .. maka kita apa lagilah kan? Aksi lentok sambil memegang pisau .... Hahaha .. mesti lawa gambo tu nanti ...

We had sup tulang dan sup gear box + roti, ingatkan dah cukuplah tu tapi ketua AJK rewang minta kitorang yg rajin2 ni masak nasi dgn dua lauk aje ie sardin & telor dadar. Entah camana CikSom boleh terperangkap dengan keadaan - tak semena2, tetiba, aleh2 dan tup2 ... lauk2 tu dimasak oleh CikSom. Hari ini dlm sejarah! CikSom mana pernah masak telor lebih dari 4 bijik? Nasib baik ada Zu dan Azah sebagai penyelamat keadaan. Bestlah diorang nih. 30 bijik telor? Jangan memain .. sure bertimbun2 hama2nya tu.

Tapi sedih tau, sedang kita berhempas pulas masak lauk2 tu, kawan2 lain dah mula makan sup rupanya. Bila tau diorang dah makan sup, alahai .. hampanya rasa bila tinjau periok sup yg besar tu hanya ada 3 ketul tulang besar dan kuahnya aje ..................... (am sulking now...).

10am - Majlis nikah berjalan lancar. Ramai selebriti dan mak ayah selebriti yang hadir rupanya. Mmmm .. masuk tivi tak nih?

Esok ke majlis sebelah lelaki di kelab ntah mana kat Shah Alam tu.. Tak boleh pakai baju liplap sebab majlis siang hari, namun akan ku glemerkan diri ni .. haha..

Thursday, 9 October 2008

9 Syawal ... Merewang ...

Merewang di rumah jiran bermula semalam (tapi kita 'tuang'), dan hari ini juga. Walimatulurus untuk daranya yg bekerja di Dubai. Majlis nikah siang esok dan majlis makan pada malamnya. Cook terkemuka dijemput dari MUOR, maka memberiani gamlah warga USJ esok.

Why I 'tuang' semalam? Sebab ... semalam depa basuh telor, rebus telor dan masukkan telor dlm 'ponjot' (minda tua, terlupa nama sebenar benda alah tu). Ingat nak pergi malam tadi aje (niat menolong masih ada), bolehlah simpan telor dlm ponjot tu, tapi depa yg pergi menolong tu super duper very efficient one... beres!

P/S: Ekceli I ni tak boleh rapat2 dengan telur ayam yang beratus2 tu. I fobia u know. I geli dgn telur yg banyak, rasanya macam HAMA2nya hinggap kat badan. I don't mind to befriend with 10 eggs at a time. I love eggs as eggs can do wonders; from plain omelette to delicious desserts. I love desserts, remember? (u don't remember? Menciii aaah).

So kejap lagi I nak bersiap lawa2. Agenda for today dengar kabarnya nak buat air sirap (sure dpt minum sirap bandung esok), potong nenas 50 biji nak buat paceri, kopek bawang bagai dan hiris daun pandan untuk bunga rampai.

Jumpa lagi ... (wa tau ada orang merindui coretan wa .. hakhakhak...)

Tuesday, 7 October 2008

3-4 Syawal ... beraya di ChinChin

Skip Havoc no. 4, 5 & 6 (nanti ada plak yg berdengkur2 tak sanggup baca coretan kita. Dengkur takpe jugak, ni nak MARAH2 kat kita pulak.. Menciii tau!)

Selama2nya bila berhari raya kat kampong, kita mesti tidur-baring-makan-minum kat rumah Abah senior (my FILlah ni). Dalam satu bilik kami berempat bersesak2 lovingly (cam sadin cap ayam), satu double bed share 3 orang (haha, keluarga bahagialah katakan), manakala D tidor guna katil 'camping' (yg diletak rapat dgn katil kita. Takutlah tu).

Bayangkan 3 orang sekatil? Dari T baby hingga umur dia 13 thn (D pun cam tu dulu). Bila balik kampong aje, mesti tidor sekatil tapi posisi T mesti ditepi katil, manakala uminya of course closest to abah (tata susila masih dijaga rapi). Bilik aje sedikit kecik tapi ruang rumah sikit punya besar namun takde sorang pun terpanggil nak tidor kat ruang luar. Kenapa ek??

Semenjak FIL takde, kami dah tak balik kesana lagi sebaliknya kami sekeluarga dan adek ipar sekeluarga berteduh di rumah Kak T, sepupu yg dianggap sebagai 'lebih dari kakak sendiri'. To cut the long story short, this is when the discomfort begins ..

Discomfort does not mean uncomfortable per se, but it's more or less rasa MALU & SEGAN ..
Takkan tak malu dan tak segan dok makan tidor kat umah orang w'pun kita dilayan dengan baik sekali, kan?


3 Syawal - Besday MOTH yg ke....... berapa ek? Rupa2nya adek/anak2 sedara sepupu pakat beli besday kek untuk PakLongnya. Surprise !!! 1st time suamiku memotong besday kek. Girang nampak?? Heheh ..

Komen berapi dari mereka "Pak Long takde uban ehh?" (kinda very unbelievable gitu). PakLong dengan senyom simpol memandang tepat padaku .. "Adaaaaaaa". Another fiery question "PakLong dye ke?" (disambut dengan deraian ketawa oleh mereka dan keluarga mereka). PakLong jawab dengan tenang seadanya "taklaah.." ("yes, never!" maka berkatalah MakLong dalam hatinya aje). Depa heranz gamaknya. PakLong lebih tua dari MakLong, but why MakLong terlebih2 pulak ubannya? Wehh... cahaya syurga tuu .. apalaaa budak2 nih .. PakLong tak macam D once upon a time ... rona rambut macam rona eskrem paddle pop! Syukurlah dah bertobat budak tu.

P/S: Dear D&T, tak gembira ke tengok Abah gembira cam tu dikelilingi oleh sedara2 dia yg tak berapa kerat tu? Let's give him a break, kita gembirakan hati dia pulak, okay?

4 Syawal - Bertolak ke KL pukul 3.30 ptg (lepas Zohorlah nih), berbekalkan 3 jenis kueh raya dan 4 jenis pisang .. drum roll please.. pisang raja, pisang emas, pisang kapas dan pisang nipah, yeayyy!!. Pisang is MY FAV so memang tamak tak nak kasi orang...

Syukur alhamdulillah selamat tiba di rumah ... namun havoc no. 4 awaits impatiently ...

Sunday, 5 October 2008

1-2 Syawal ...

1Syawal - Beraya di rumah Teh kat Kg Tunku. Para kakak seramai 4 orang dah sediakan berbagai juadah samada dimasak sendiri atau dioder. Tugasan buat kuah kacang world yg disandang sejak beberapa tahun tidak digalas oleh kita memandangkan NJ dah oder dari Seremban so tak payahlah kita susah2 nak masak lagi (yeayy...escape!). Bukan apa, kita cuma nak elakkan pembaziran tenaga, masa dan gas Petronas w'pun gas dan tongnya dah berbayar.

NJ beraya di Seremban dulu maka tu sebab dia terpaksa oder aje kuah kacang dari sana. Suaminya ie my abang ipor, hanya tau dan suka makan nasi himpit atau ketupat dgn kuah kacang sahaja! Begitu banyak juadah2 lain yg boleh dimix-n-matchkan dengan nasi himpit atau ketupat tapi dia tetap dengan KKnya. Sepatah kata seseorang "percuma hidup mu" yang bermaksud betapa ruginya hidup ni kalau sengaja tidak menikmati nikmat tuhan yg beranika rupa. Oh well, a matter of choice .. asal tak kacau orang, asal bahagia, OKlah tuu..

P/S: Pada malam raya sedang kita golek2 tengok TV, NJ beritau kuah kacang yg dia oder tu rupa2nya sikit aje lalu mencadangkan kita masak KK untuk warga PJ. Kak oii, adik you yg sorang ni tak berapa rajinlaaa... "next year I buatlah ehh"? heheh..

Beraya kat Kg Tunku dari 12 tghari hingga 9 malam (kiranya balik sebelum kena halau, haha). Rumah Teh memang dah jadi port kitorang berkumpul sementelah Chik @ the great Dame masih hidup dan dia memang dah berdekad2 tinggal dgn Teh, so kami adek beradek kesitu ajelah setiap tahun. Adek, abang dan kakak tak datang serentak maka tulah sebabnya kita duduk berjam2 kat situ tolong sediakan makanan dan apa2 yg patut (sambil tapau makanan dengan roksah).

2 Syawal - Havoc no. 1 T buat hal tak nak ikut balik ke J sebab selepas cuti raya dia ada exam (seminggu sebelum raya T dah uar2kan kat kita). Hadoii budak ni.. MOTH tanya kita kenapa T tak nak balik? Bila kita tolong jawabkan berdasarkan sebab musabab sahih dari T, MOTH pulak kata "don't justify for her" blablabla. Waah, suamiku .. Sejak bila mediator kena tempias left and right nih??

Selepas tsunami reda, maka T dengan senang hati ikut balik ke J dengan satu syarat ie mesti balik ke KL hari Sabtu lepas Zohor. As usual, T ada 18 sebab2 munasabah kenapa dia perlu balik ke KL lepas Zohor. MOTH literally signs MOU atas angin tu...

Havoc no. 2 Tiap kali cuti raya, para kucing terpaksa ditumpangkan ke Vet. Dah janji nak hantar pukul 2 ptg, tapi bila kesana, vet dah tutup, sigh!! MOTH berusaha gigih cari tempat penginapan kucing2 (nak balik kampong punya pasal), nasib baik jumpa satu lagi vet... (syukur).

Fees untuk sekor kucing RM?? x 8 x 3 = Maaakkk.... sedekahkan kat I aje kan bagus?? (dalam ati: Boleh tak I tak ikut you balik kampong kali ni? I rela jaga kucing2 tu, lagi pun u boleh jimat, u kan nak pencen? TAPI.., duit boleh dicari kan kawan2? Hari baik bulan baik ni, hati pun mesti terlebih2 baik.. silaturrahim perlu dipupuk, hati suami perlu dijaga (cewah) ... maka tetiba kita jadi simitahli2nya ..).

Havoc no. 3 5pm about to bertolak... T gostankan J-gua untuk membolehkan MOTH park kereta kenit dia dlm kawasan rumah. T signal suruh check samada bawah kereta ada kucing tak (kebetulan kucing jiran si Tam baru beranak 2 ekor, dibuatnya store luar rumah kita tempat persinggahan). Confirmed si Tam ada kat store menyusukan kittennya TAPI tak pastikan yg tengah menyusu tu sekor atau 2 ekor. Kita pun signal THUMB UP kat T. Tak berapa saat lepas tu kedengaran suara anak kucing mengiau dengan nyaaaaringnya!!!

Allahuakbar!! ... sah T dah tergeles anak si Tam yang cute tu!

T dah hysterical dalam kereta, kita pun panik gak dan ngeri nak pandang bawah kereta tu tapi terpaksa pandang juga. Kitten yg belum bernama tu lembik aje esp kaki belakangnya. Si Tam pun terperanjat terpinga2 (at last siTam juga yg selamatkan anaknya, gigit ditengkok terus masuk ke store). Si D as usual keluarkan kata2 dengki saja nak menyakat "dah lembik nih, sure mati ni Miii..".

T bukan aje nangis mengongoi2 tapi fuming with anger kat kita "T tak nak percaya cakap Umi... T tak trust lagi cakap Umi".. Wahwahwah budak ni ...?!

Apapun terjadi, perjalanan perlu diteruskan. Keadaan dalam kereta tenang aje hanya kedengaran esakan T which lasted a good ten minutes.. before she finally dozed off ..

Tiba J pukul 7.30 malam....... Havoc no. 4 menanti...

Wednesday, 1 October 2008

Dah raya ke???


Selamat hari raya Aidilfitri

mohon maaf zahir & batin.

Jumpa lagi ...

P/S: Tahun ni CikSom delinquent sebab tak masak apa2 pun. Nak buat biskut .., aduuh.!! kesian kat dua ketul butter tu, sekejap sejuk sekejap panas. Takat ni dah 5 kali berulang alik keluar masuk fridge. Kesian kat butter2 tu .. kan?

Saturday, 27 September 2008

'Gate' comes home...


Post terdahulu 'Gate hilang' dd 30/6/08.

28/6: Gate terjah keluar dari cribnya pada hari T berhijrah ke SA. Dah tiga bulan tu. T selalu tanya tak kira dlm sms/fone "dah jumpa Gate? Dia balik tak?", juga mintak kita jenguk2kan keliling rumah jiran hingga ke padang2 belakang rumah TAPI jawapannya tetap "tak mungkin dia pergi jauh sampai sana", "mmm...dia dah mati agaknya", "tak kuasalah nak cari dia" ..

Ditakdirkan T baca post ni (tak tau bila), sementelah tak berapa hari lagi tiba 1 Syawal 1429H, maka Umi nak minta maaf banyak2 sebab Umi tak cari Gate sepenuh hati jiwa dan raga ... sebab Umi percaya Gate tau jalan balik ke rumah.

Ptg Jumaat baru ni kita drive sorang diri ke bazar. Laluan yg dah 1001 kali dilalui - ada padang rekreasi disitu cumanya sekarang futsal court baru dibina maka setiap petang keadaan disitu lebih meriah. Baru beberapa minit bertolak dari rumah, tiba2 terpandang sekor kucing yg menyerupai Gate turun dari arah futsal court. Brake kereta almost instantly bila yakin tulah Gate!

Bila nama Gate dipanggil 3 kali, 3 kali juga dia menjawab. Mula2 Gate tenung wajah kita, kelip2kan matanya tapi bila kita hampirinya, dia mula berjalan kearah lain. Ada beberapa budak yg sedang bermain futsal cuba nak menolong tangkap Gate, tapi Gate terus pecut kebawah longkang besar akibat kejaran budak2 yg teroverzealous tu.

Bila beritau T kita dah jumpa Gate T menjerit "Umi balik cepat ambik T Miii", namun T tak percaya bahawasanya mata Uminya mampu mengenal Gate. Dah tengok video dirakam kat hp pun masih T tak percaya "ekor dia kembang ntah kucing Persian saper"... "eiii, Umi tau bezakan Gate dgn kucing lain tau" ...

Maka T & uminya mula mencari Gate dari satu lorong kesatu lorong. Beritau T "umi kena cari bubur kacang untuk Abah nih.. dah lewat mesti dah abis" tapi T tetiba termenjerit "Umiii... stop, stop .." apabila ternampak segerombolan kucing2 dibelakang salah satu lorong. T aje yg cari sementara kita duk dalam kereta.

T telefon dari lorong "Umi..memang Gatelaaa. Umi pusingkan keta dekat sikit" dan dalam hati kita berkata "didn't I tell you so"?

Gate cepat aje cair bila dengar suara T, terus mara hampiri T bila namanya dipanggil beberapa kali. Dalam kereta tu macam2lah T menemu-ramah Gate .. terasa nak kahkahkah juga tapi yg satu ni dikira paling klasik, harharhar "Gate.. Gate pegi mana? Gate tak rindu Mama ke........?" (disulami dgn juraian airmata).

Pada 27/9 Gate kembali kepangkuan kami setelah 3 bulan M.I.A. Alhamdulillah, bolehlah Gate menyambut raya bersama kami (tapi sorilah Gate, Mama Gate tak sempat belikan baju raya untuk Gate. Gate pakai baju lama ajelah ehh??)

Sepatah dua kata dari Gate: Unik tak nama saya? Haa..tulaa.. mama meow saya Dot@Bandot (nama sebenar) beranakkan saya kat depan gate karat Wan Umi. Hahaha.. kesian tau Wan Umi masa tu panik gilerr tengok saya dah terpelanting dan terkuit2 kat gate. Susah jugak nak bergerak dgn placenta yg masih melekat kat pusat saya.

Nasib baik Wan Umi dan Kak T aka Mama saya bijak laksana, mereka terus aje potong tali pusat saya guna gunting dapur yg selalu Wan Umi guna untuk gunting ikan, udang, cili kering dan macam2 lagi tu. Dalam keadaan darurat, semuanya possible, kan?

Meow2 untuk Wan Umi, Kak T, Tok Li dan Abhang D. Meow meow... meow..mieuu..mieuu..., ahaks.

Friday, 26 September 2008

.. of flu, exam and terawih






Homemade croutons for T to relish it with mushroom soup.


Sejak hari Rabu T dapat flu. Risau juga sebab examnya belum selesai. Bila T beritau dia demam, suaranya alahai, ketat dan sendat aje bunyinya. Mulalah whining. Suruh batalkan puasa jawabnya "*sayang". Suruh pergi klinik jawabnya "ada klas sampai petang". Suruh minta tolong kawan hantar ke klinik jawabnya "semua ada klas", tapi ada juga kawan yg baik hati offer hantar T ke klinik sebaik saja selesai klas. Dari malam Selasa hingga pukul 6 petang hari Rabu baru ke klinik. Doktor komen "badan awak panas ni" and yet bila T mintak MC untuk hari esoknya, doktor tu kata "demam aje nih". Oh well doc, you know better!

P/S: *Kalau batalkan puasa pun takde benda nak makan, ubat pun takde. Sepapan Panadol yg dibawak dari rumah dah habis dimintak dek kawan2 yg sakit dan pening. Phewh!

Bila T tanya ustaz boleh tak dia ambik exam hari lain, ustaz kata "boleh tapi lepas raya dan soalan lain". T mengalah sebab taknak buat lepas raya. Masa ni dia dah rasa nak muntah dan pening. Masa buat exam tu, ustaz hampiri T "demam ke nih"?, dengan pantulan suara seakan2 sindiran. Bila tanya T apa jawapannya pada soalan ustaz tu? "T diam aje".... and that made me real mad! Hey, what happen to me? Have I become my Bak already? Bak always said "berani tanya, berani cuba, berani tu berani ni". I know T can very well say something to convince the ustaz that she was really SAKIT, but "T taknak cari pasal kat sana". Sigh ... need I say more?

Bila beritau kakak T sakit, komennya "kesiaan, pergilah bawak dia balik jumpa doktor". Kalau ikutkan hati memang nak kesana tapi ... saja biarkan T berdikari ... (pantau dgn sms dan bercakap ditelefon aje). Suruh T mintak tolong dari kawan2 belikan makanan untuk berbuka, "tak payahlah Mi taknak susahkan diorang". Kawan2 ada yg offer nak belikan makanan tapi jawabnya "takper thanks", habis tu T nak makan apa? "makan mushroom sup". Sigh...

Sebelum jemput T semalam, sempat pergi ke bazar kerana T pesan putu piring dan tepung gomak. Baru nak bergerak ke tempat T, terima sms "alang2 dah petang, datanglah lepas Maghrib eh Mi?". Ishh.. budak nih, lupa ke dia yg kita ni takut drive malam sorang2? Apapun, terpaksa juga kita mengalah, dari bazar balik ke rumah semula. Come to think of it bagus juga berbuka dan solat Maghrib di rumah, lebih selesa dari bersolat di bilik hostel T yg *sempit tu.

P/S: Bilik yg sempit tak menjadi masalah tapi bila kawan2 berbual2 tak hormat orang sedang bersolat, itulah masalahnya.

Telefon T sebelum bertolak "Umi datang sekarang" dan jawabnya "belum abis kemas lagiii". Ehh, kan dah tau nak balik, kenapa tak kemas2 lagi dari semalam?. "T kan demam Mi? tak larat. T belajar .. exam lagi". Sigh...

Bila disuruh kemaskan barang2 yg dibawa dari hostel tu ... "eghh..eghh..tak laratlaa Mi".

Selesai bersahur dan bila mula waktu Imsak, T baru perasan dia belum lagi solat tarawih. Hadoiiii, kecoh satu rumah. To cut the long story short, or rather to cut the long & winding whining short, she confessed "masa T tenat pun T buaaat tau.. alaaaa T rasa cam ?&$%?! (terlupa pulak her exact word). Kesiaan ... actually I wanted to remind her to perform the tarawih the night before but I refrained as I was so sure she would say "tak laratlaaa Mi...". It turned out I 'misjudged' my baby, hehehe. Syukur alhamdulillah!

Wednesday, 24 September 2008

Before raya ...



Gambar ni disnap semasa I tak reti fokus guna hp cap ayam maka berbelak2lah ia. Nak guna scanner lagilah tak reti namun lepas raya insyaallah bakat akan diserlahkan.

Mak being the mem besar diwajibkan duduk kat tengah, 2 gegerl tuu .. yg tinggi mestilah kakak dan yg cute tak cute tu no doubt adeknya. Boboi kenit tu anak koret sementara 2 lagi tu bujang sunti Mak.

Actual pic was taken at the Chau Wah Photo Studio, JB. What year?? (heheh..lupa konon). Gambar untuk dikirimkan pada Long yg sedang belajar kat negara kangaroo melompat2.

Dulu, bila seminggu lagi nak raya, 2 bujang dan 2 dara sunti tu masing2 dah dapat tugasan. Tugasan yg paling boring ialah menggosok dulang2 tembaga, paha pengantin and what have you yang berbentuk tembaga.

Tak paham why we, the poor souls had to do it walhal takde kena mengena dengan raya pun. Bukannya guna tembaga nak hidang juadah atau kuih2 pun. Seingat kitorang, benda2 tembaga tu selalunya Mak beri pinjam kat kawan2 bila anak2 diorang kawin. Apsal kita pulak yg kena bersihkan?? Memberontak nih.. (ekceli setan suka hide kat tembaga tau).

Namun kitorang baik tau.. tetap menggosok dan mengelap tembaga2 tu penuh rasa tanggungjawab, berlumba2 siapa boleh lap paling kilat, dan paling penting berlumba2 siapa habis cepat. Kita tak guna asam jawa sebagai bahan pengilat (kunolah cam nih) tapi kita guna Brasso yang baunya menusuk kalbu ...

Tugasan kedua ialah kopek kulit kacang. Kacang ni nanti digoreng dengan bawang putih. Sebelum kacang dikopek kita boleh gambarkan tin Milo atau botol Horlicks dipenuhi dek kacang2 goreng nih. Werld tak werld tu?? Hasil tangan kitorang tu .. waah.. bangganya rasa!

Al-kisah terjadi satu mala petaka semasa Chik nak menuangkan air panas kedalam besen yg dipenuhi kacang (kacang perlu direndam dgn air panas dulu supaya kulitnya kembang senang dikupas). You all tau tak fakta penting nih? Tak ehh? Oh well..

Kami berempat (minus sikoret) duduk keliling besen kacang, and as Chik poured the hot water into the basin, dengan tak semena2 tangan gatal ni capai senduk lalu menahan air yg dicurah oleh Chik tadi .. MAKA .. air panas tu terus jer mengalir ke peha kita.

Sakit tak sakit tu? Mau tak sakit you .. peha yg comel tu melecur tau (ekceli not the whole pehalah khan? Sikit aje pun tapi dah kena air panas .. tetap sakit!). Kecuaian cam tu tak boleh diketahui oleh Bak, ever! If not hari raya akan jadi hari biasa .. nak ke? Taknaak..taknaak..

Tugasan ketiga menggentel dough atau tepung yg dah diuli. Mak akan buat dough dibagi2 empat. Kitorang dapat satu sorang dough yg direndam dalam besen. It was an easy job, so much so we could fall asleep. Mak kata "jangan diramas2 tepung tu, gosok pelan2 aje". Dalam keadaan kita berpuasa, bila tangan digoyang pelan2 cam tu, tak ke menimbulkan rasa ngantuk? It was as if kita didodoi dalam buaian aje...ZzZzzzz....

Bila fokus Mak dah kelain benda dan tepung pun dah jadi semakin nipis, kitorang apa lagilah, terus aje meramas lebihan tepung tu tanpa rasa bersalah ..yeayy.. mission accomplished! Boleh terus golek2 tengok tivi ...

Dari gosokan tangan ke tepung yg terendam tu maka terhasillah 'getah' aka gluten. Gluten ni dibuang aje sebenarnya tapi kitorang sempat buat mainan. Teksturnya serupa play dough, see.. dulu lagi kitorang dah main dgn play dough, terer kan?

Nota: Orang Cina jadikan gluten ni sebagai vegetarian diet.

Air tepung tu pulak akan dijadikan base buat manisan Halwa Maskat. Mengacaunya pun jadi tugasan kitorang juga tapi bila adunan dah pekat likat, kerja tu diambik aleh Mak, Chik, Bak dan abang2. Apa taknya, to make a good halwa, it has to be kacau-ed for at least 4 hours non-stop.

.. dan tugasan lain merangkumi bersihkan parit, basuh bilik air, basuh kolah, sapu keliling rumah, ikut Mak pergi pasar, ikut Mak ambik kueh raya dan main munger api except mercun. I couldn't bear the sound of letupan and the sound of dentuman... (fobianya sampai sekarang).

Apa citer pasal peha yg melecur tadi tu?? Melecur, melecur juga tapi semangat beraya tetap diteruskan sementelah dah berjanji padat dengan kawan2. Masih ingat rona gown yg dipakai masa tu .. pinkish and renda2 putih ...

Ahhhhhhhhhhhhhhh ......... sedihlaaah pulak :-(